in

“Pertama sales sahaja dah lebih 1 juta..” – Wanita Kongsi Bagaimana Dulunya Nurse dan Kini Menjadi CEO

Featured Cep

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakkan daripada kita memilih bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan mereka. Tidak mudah untuk berjaya, apatah lagi untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berniaga secara online ini. Masing-masing memakan masa yang agak lama untuk mendapatkan kepercayaan tersebut, tambahan pula dengan kes-kes penipuan yang sering berlaku.


Tetapi wanita ini buktikan bahawa dengan usaha yang bersungguh-sungguh, pastinya kita boleh mencapai kejayaan. Aifa Azlan, seorang CEO bagi syarikat Aifira Sdn Bhd, telah berkongsikan pengalamannya bagaimana dia berjaya menjadi CEO tika usianya yang baru sahaja 25 tahun.

Ceo 4
sumber: facebook

“Aku sedari diri. Aku ni kaki shopping, boros pulak tu.. Sebab tu walaupun dulu aku ini nurse bergaji RM2600 sebulan, aku tetap jadi dropship

Menurut Aifa, sebelum ini dia adalah seorang jururawat, tetapi dalam masa yang sama dia juga menjadi dropship. Oleh kerana gajinya dulu hanya RM2600 sebulan, di mana dengan gaji tersebut dia perlu membayar sewa bilik, bil-bil, kos minyak dan makan, semestinya tidak cukup.

“Kereta masa tu aku rembat kereta suami aku je, Myvi merah legend dia tu.  Tapi tak save jugak. Aku makan kedai setiap hari. Nak ke kedai kena isi mintak kereta, lepas itu gedik cuci mata dekat Pavilion. Nak ke pavi ada pulak tol. Nak bagi dekat mak ayah lagi”

“Menangis aku depan ATM setiap kali tengok baku duit aku bila hujung bulan”

Ceo
sumber: facebook

Dek kerana itulah Aifa bertekad untuk memulakan bisnes. Dia tidak kisah dengan kutukan orang, kerana tika itu niatnya untuk berjaya dalam hidup sangat kuat. Dia juga ada misinya yang tersendiri di mana dia perlu berhenti kerja sebagai jururawat sebelum umurnya 30 tahun.

Kerana usahanya yang tidak pernah putus, tidak sampai dua tahun, pendapatan sampingan Aifa iaitu dengan bisnes barunya, dia berjaya mendapat lebih daripada RM100 ribu sebulan.

“Kalau gaji kerja hakiki aku RM2600 sebulan tapi side income aku pula lebih 100 ribu sebulan, kau rasa better aku fokus yang mana?”

Aifa turut mengambil keputusan untuk lebih fokus pada perniagaannya, dan dia berhenti dari menjadi jururawat. Sebelum dia mengambil keputusan tersebut, dia juga mengambil kira duit keluar masuk dalam akaunnya selama 6 bulan.

“Berhenti je kerja, Tuhan permudahkan urusan aku keluarkan produk sendiri yang diberi nama Aijuice Dossier. Dan untuk tahun pertama sales, untuk produk itu sahaja aku dapat lebih dari 1 juta” WOWWWW!

Aifa turut menjual lipmatte, iaitu gabungan produk bersama kakaknya. Kini dia sedang menantikan produk terbarunya iaitu foundation. Haa apa lagi? Boleh la try! Tambah Aifa,

Ceo 2
sumber: facebook
Ceo 1
sumber: facebook

“Jadi jangan pandang remeh pada mereka yang buat bisnes online. Korang nampak mereka biasa-biasa kan? Sebenarnya kalau tengok duit dalam akaun mereka boleh juling mata weyy!”

Wow salute lah! Harap perniagaan Aifa sentiasa menjadi rebutan di luar sana dan bagi mereka yang mahu ceburi bidang perniagaan, jadikan ini sebagai inspirasi ya! 

Baca: Remaja Berusia 21 Tahun Ini Bongkar Bagaimana Dia Langsaikan Hutang RM100K

A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.