in

Perompak Bawa Pistol Dan Pisau Pecah Masuk Kondo Yang Dikawal Ketat 24 Jam di Setapak

Page 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu kantoi kes lelaki curi-curi ambil gambar dada wanita dalam lif di Setapak, sekarang kes pecah rumah pula berlaku di sebuah kondominium yang terletak di Setapak. Haih lepas satu, satu!


Menurut satu perkongsian oleh Kien Hong di Facebook, rumah yang mereka diami dipecah masuk oleh dua lelaki berbangsa Melayu. Apa yang dihairankannya adalah kondominium tersebut mempunyai sistem kawalan keselamatan selama 24 jam dan kamera litar tertutup tetapi mereka masih boleh melakukan kerja terkutuk itu.

Menurut rakan serumahnya, dia berada di rumah seorang diri ketika kejadian itu berlaku. Perompak tersebut mengacukan pistol dan pisau ke arahnya. Nak tak nak, dia terpaksa membenarkan mereka masuk dan merompak. Betul tu! Harta boleh dicari, nyawa tak boleh ditukar ganti.

20842159 1387099631325839 7867062591237262553 N
sumber: facebook

Kesan dari rompakan tersebut, mereka kehilangan pelbagai gajet termasuk beberapa komputer riba, PC, barangan elektronik dan bagasi. Mereka juga mengambil kad akses kondominium mereka. Itu pun nak ambil. Nak datang rompak lagi sekali ke? Jangan risau mereka dah matikan penggunaan kad akses itu!

Pecag
gambar hiasan

“Dari 400 unit yang ada, mereka pilih untuk pecah masuk rumah kami. Tetapi nasib baik tiada sesiapa yang tercedera,” keluh Kien Hong.

Mereka sudah pun membuat laporan polis. Apa yang pelik lagi ialah bagaimana perompak tersebut boleh pecah masuk sedangkan tiada kesan umpilan di pintu rumahnya. Menurut rakaman kamera litar tertutup, cara mereka memecah masuk pintu tersebut amatlah senang. Hairan kan? Mungkin mereka ni dah banyak pengalaman pecah masuk rumah orang.

20842051 1387099707992498 8699171024561242210 N
sumber: facebook

Pun begitu, berhati-hatilah… Jadikan kes ini sebagai peringatan. Jangan ingat sistem kawalan ketat tu tak bermakna kejadian tak diingini tak boleh berlaku.

Baca: Lelaki Kantoi Curi-curi Ambil Gambar Dada Wanita Dalam Lif di Setapak

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.