in

Perogol Menyamar Sebagai ‘Datuk’ Untuk Cari Mangsa Di Aplikasi WeChat

Datuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kalau dah gatal macam-macam cara dia guna untuk cari mangsa!


Baru-baru ini seorang perogol yang sudah lama bergiat aktif ditangkap polis kerana ‘reputasinya’ sejak 4 tahun lepas. 

Taktik beliau agak berbeza dari yang lain kerana hasil siasatan mendapati lelaki itu menggunakan nama samaran untuk mencari mangsa di aplikasi Wechat.  

2 8
sumber : berita harian

Dia dikatakan menggunakan gelaran ‘Datuk’ untuk menarik perhatian mangsa-mangsanya. Tetapi pihak polis dilaporkan telah menahannya dua hari lepas kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes cabul di sekitar Lembah Klang. Padan muka!

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, dia telah ditahan kelmarin di Dang Wangi pada jam 6.25 petang.

“Setakat ini, sudah empat laporan polis diterima berhubung dengan jenayah yang dilakukan oleh suspek yang dibuat di Selangor dan Kuala Lumpur. Suspek disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377CA kanun sama kerana memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan mangsa”

2 10
sumber : biginfo4u

Hasil siasatan juga mendapati suspek menjalankan perniagaannya sendiri tetapi tidak mempunyai sebarang gelaran Datuk seperti yang dikatakan.

Pada permulaan sebelum setiap pertemuan berlaku, lelaki itu akan berhubung dengan mangsanya dan cuba mendapatkan kepercayaan mereka. Selepas itu, dia akan mengadakan satu temu janji mengajak mereka berjumpa di restoran sekitar Lembah Klang.

Chat
gambar hiasan

Ketika bertemu, dia akan mengambil kesempatan sewaktu mangsa ke tandas untuk memasukkan sejenis cecair yang mengkhayalkan ke dalam minuman mereka. Sebaik sahaja mangsa mula berasa khayal dan tidak sedarkan diri, dia akan terus membawa mereka ke hotel untuk diperkosa.

Bukan sekadar memperkosa, dia juga akan mengambil gambar mangsa ketika dalam keadaan bogel dan menggunakannya sebagai bahan ugutan. Mangsa kemudian akan diugut supaya tidak melaporkan hal itu kepada pihak polis atau gambar mereka akan disebarkan.

3 6 E1497582933668
gambar hiasan

Oleh sebab ugutan itu, ramai mangsa memilih untuk mendiamkan diri dan tidak berani tampil untuk membuat laporan polis. Namun, salah seorang daripada mangsanya telah memberanikan diri dan membuat pendedahan di laman sosial sebulan yang lepas.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Ivan‘ itu kini direman sebanyak enam hari sehingga khamis depan.

Syabas bagi mangsa berkenaan kerana berani mendedahkan taktik kotor ‘Datuk’ itu sebelum lebih ramai lagi wanita menjadi mangsanya!

Baca : Kelindan Lori Rogol Dan Ugut Bekas Kekasih Untuk Sebarkan Gambar Bogelnya

4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.