Perodua Myvi Dirakam Dipandu Melawan Arus di Lebuhraya PLUS

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Masih ada yang tak ambil pengajaran dari insiden sebelum ini yang berlaku beberapa kali. Semalam, sebuah rakaman video menunjukkan sebuah Perodua Myvi dipandu laju melawan arus tular di media sosial.

bypriyashah bollywood omg facepalm shahrukh khan GIF

Difahamkan kejadian itu berlaku awal pagi semalam dan pemandu lori yang merakamkan kejadian itu boleh didengari membunyikan hon ketika kereta tersebut melepasinya dengan harapan ianya dapat menyedarkan pemandu Myvi tersebut.

Pemandu lori itu juga turut menyebut nombor plat Myvi itu, iaitu WSF1705 yang dikatakan menghala ke utara namun menggunakan laluan lebuh raya arah ke selatan.



Menurut Harian Metro, insiden tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan dengan kawasan rehat Kulai, Johor. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Razak Md Said, semakan yang dibuat mendapati pihak PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta Unit Peronda Lebuh Raya (HMPV) Bukit Aman tidak menerima laporan kejadian itu.

Setakat ini tiada sebarang laporan kami terima. Pihak PLUS, LLM dan HMPV Bukit Aman juga tiada menerima sebarang laporan berhubung kejadian yang berlaku.”

Selepas video itu tular, kebanyakan netizen memberi komen dan reaksi negatif terhadap tindakan pemandu kenderaan itu yang ternyata menyalahi undang-undang selain membahayakan pemandu lain.

Kalau nak mati, itu masalah awak. Tapi jangan bahayakan nyawa orang lain.”

Ni memang gila! Tolong gantung lesen memandu dia, jika tiada kemalangan berlaku sekalipun. Orang seperti ini tidak layak memandu.”

Dah jadi beberapa kali kemalangan disebabkan memandu lawan arus, masih ada yang tak peka dan ambil pengajaran! Ishhh!

Apa-apa pun jangan guna telefon semasa memandu okaaayyy. Kalau ada penumpang lain, minta mereka rakamkan…

Berikut adalah video rakaman tersebut:



Baca: Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun Rempuh Ruang Tamu Rumah Menyebabkan Warga Emas Maut

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!