in

Perodua Kancil Terbakar Kerana Power Bank Ditinggalkan di Dalam Kereta

Featured Powerbank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana power bank yang tiba-tiba meletup di dalam kereta akibat ditinggalkan terlalu lama. Terkini, berlaku lagi kejadian yang sama, Perodua Kancil yang hampir terbakar akibat power bank yang ditinggalkan di dalam kereta itu mula mengeluarkan asap.


Powerbank 1 E1508648182847
sumber: wob

Menurut WOB, kejadian berlaku di sekitar rumah kedai Persiaran Jubli Emas, Perlis pada hari Jumaat yang lalu.

“Saya ternampak asap tebal dari dalam kereta tersebut”

Salah seorang saksi memberitahu, dia telah lalu di bahagian tempat letak kereta di situ dan ternampak asap tebal dari dalam kereta berkenaan. Tanpa berlengah, dia menjenguk dari luar untuk lihat dari mana datangnya asap tersebut. Bahayanya!

Powerbank 3 E1508648430198
sumber: wob

“Bila saya intai dari luar, saya ternampak ada power bank di bahagian depan tempat duduk penumpang terbakar”

Tanpa membuang masa, dia terus membunyikan loceng kecemasan yang ada di situ.

Powerbank 2 E1508648207446
sumber: wob

“Nasib baik waktu tu ramai orang yang tolong padamkan api tu..”

Menurutnya lagi, dia mendapat bantuan dari orang ramai untuk bersama-sama memadamkan api itu sebelum menjadi lebih teruk. Mereka berkumpul di sekeliling kereta itu, dan memancutkan air ke arah power bank tersebut melalui ruang kecil dari tingkap kereta itu.

Pihak Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 11:53 pagi, dan pada waktu itu mereka sudah berjaya memadamkan api berkenaan. Hebat lah!

Menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat, Muhammad Firdaus Yusop, kereta Kancil itu hanya mengalami 10% kerosokan dan puncanya masih lagi dalam siasatan.

Baca: Pemandu Perodua Kenari Nyaris Maut Bertembung Dengan Pemandu BMW Yang Biadab

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.