“Perkara biasa orang curah perasaan cinta terhadap saya”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kemelut percintaan dan soal hati Dato’ Vida dalam mencari pasangan yang sesuai telah menjadi topik hangat netizen sekarang ini. Kalau beberapa hari lepas Ahmad Iqbal terang-terang meluahkan isi hatinya terhadap Dato’ Vida, hari ini Dato’ Vida pula memberi jawapannya.

Menurut mStar, ia merupakan perkara biasa bagi mana-mana lelaki untuk meluahkan perasaan cinta mereka terhadap dirinya. Wah ramai peminat rupanya Dato’ ni!

Sumber: Instagram

“Ya, memang ada yang luah isi hati terhadap saya. Orang itu boleh dikatakan dekat dengan diri saya. Tapi bagi saya ia perkara biasa kerana ramai yang pernah curah perasaan cinta terhadap saya,” ujarnya. 



Bagi jutawan kosmetik ini, hatinya masih belum lagi terbuka untuk menerima mana-mana individu dalam masa yang terdekat.

Malah dia juga menetapkan bagi jejaka yang ingin mendekatinya, mereka haruslah memenangi hati dua orang anaknya, Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B) dan Muhammad Eric Zacquan (Kacak) terlebih dahulu. 

“Tidak dinafikan saya mahukan seseorang lelaki yang boleh menjaga dan memberikan kasih sayang kepada saya dan juga anak-anak. Namun buat masa ini belum jumpa lagi yang betul-betul istimewa,” katanya.

Sumber: mStar

Menurut Dato’ Vida, kedua-dua anaknya itu masih lagi trauma dan mengalami gangguan emosi dengan kisah perkahwinan dan penceraian terdahulu yang dialaminya.

“Mereka mengharapkan kasih sayang seorang bapa tapi apabila mereka dah mula suka dan sayang, perkahwinan ini berakhir dengan penceraian,” tambahnya lagi.



Tidak cukup dengan itu, Dato’ Vida juga perlu mengambil kira perasaan ahli keluarganya yang lain seperti Mak Jah (kakak) apabila bercakap mengenai soal jodoh.

“Saya kena jaga juga hati dan perasaan Mak Jah kerana dia pun tahu keperitan yang saya lalui sebelum ini.

“Dia yang saya anggap seperti ibu sendiri turut bimbang andai ada individu yang cuba mendampingi saya sekadar mahukan kemewahan semata-mata,” katanya.

Betul juga tu! Jangan tergesa-gesa dalam perhubungan.

Sumber: Instagram

Menyentuh soal hubungan cintanya dengan pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, Dato’ Vida menafikan bahawa dia dan lelaki tersebut pernah bercinta.



“Tak benar. Hubungan kami sekadar majikan dan pekerja, tidak lebih dari itu,” jawab Dato’ Vida.

Sungguhpun begitu, dia mengakui selesa dan mudah bekerja dengan lelaki yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu kerana lelaki tersebut tahu apa yang dia mahukan dan tidak perlu diberi sebarang arahan. Bagus ada pembantu yang cekap! 

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Dato’ Vida tidak menolak jika dia dijodohkan dengan lelaki yang lebih muda kalau itu ketentuan Allah.

“Saya tak kisah andai jodoh itu yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak. Paling penting anak-anak saya bersetuju dengan pilihan tersebut,” tambahnya lagi.

Tak apalah Dato’ Vida. Yang penting Cik B dan Kacak gembira disamping ibu mereka. Itu yang paling baik, kan? 

Baca: “Saya sudah jatuh cinta dengan Vida” – Pembantu Peribadi Berusia 23 Tahun Sedia Kahwini Dato’ Vida

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!