in

Perkahwinan Jalaluddin Hassan Pernah Ditentang Ibu Mertua Kerana Disangka Ramai ‘Girlfriend’

Jalal Rapidah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Selepas pemergian isterinya, Hashimah Mad Ehsan pada 5 November tahun lalu, Datuk Jalaluddin Hassan kini tidak keseorangan lagi.


Semalam, selamatlah sudah pernikahan yang berlangsung di antara pelakon terkenal ini dengan pasangannya, Rapidah Abd Ghani, 44, dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.55 pagi.

Jalal Kawin 2
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, niat Jalaluddin untuk memperisterikan Rapidah bukanlah mudah pada awalnya. Perkahwinan mereka hampir-hampir ditentang ibu mertua, Esah Samad, 77, hanya kerana dia seorang artis, lapor mStar.

“Alhamdulillah anak-anak memang tidak menghalang saya berkahwin malah mereka rasa berdosa kerana tidak dapat jaga saya dengan baik sebelum arwah isteri meninggal.

“Bagaimanapun ibu mertua kurang bersetuju, maklumlah artis kan, girlfriend banyak…” jelasnya.

Alahai… macam mana ni Datuk?

Jalal Kawin
sumber: instagram

Pun begitu, persengketaan ini tidak lama sehinggalah ibu mertuanya itu berjaya diyakinkan dengan bantuan pengarah dan aktivis teater, Lokman Ghani yang juga abang kepada Rapidah.

“Ibunya terbuka hati menerima saya selepas diyakinkan oleh Lokman yang juga rakan baik saya dan kami pun banyak mengharungi pelbagai cabaran sebelum ini,” kata Jalaluddin lagi.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka buat kali yang pertama, Jalaluddin berkata, dia mula mengenali Rapidah ketika menghadiri rumah terbuka Lokman pada Aidilfitri yang lalu. Sejak daripada itu, hatinya terpaut kerana Rapidah mengingatkannya akan Allahyarham isterinya, Hashimah yang meninggal tidak lama dulu. 

“Kami kali pertama bertemu ketika menghadiri rumah terbuka Lokman pada Aidifitri yang lalu dan apabila melihatnya melayan tetamu dan pergerakannya ia mengingatkan saya kepada arwah isteri.

“Kami sempat bergambar bersama dan saya berikan nombor telefon saya kepadanya kerana ingin meminta dia menghantar gambar yang diambil kepada saya.

“Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan seterusnya Alhamdulillah dipertemukan jodoh,” kata Jalaluddin. Wah mudahnya bertemu jodoh…

Jalal
sumber: mstar

Sungguhpun begitu, Rapidah tidak pernah menyangka dia akan bersuamikan Jalaluddin pada suatu masa nanti. Malah Rapidah juga memberitahu, dia mengambil masa yang agak lama untuk menerima lamaran pengacara Who Wants To Be A Millionaire itu.

Namun setelah melihat sikap penyayang dan bertanggungjawab suaminya terhadap anak-anak dan cucu-cucu, hati Rapidah mula terbuka buat Jalaluddin. Aww sweetnya! 

Jalaluddin Hassan 3
sumber: mstar

Pasangan ini tidak bercadang untuk berbulan madu ke mana-mana kerana atas permintaan Rapidah, dia mahu menghabiskan waktu untuk mengenali anak-anak dan cucu-cucu Jalaluddin dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Insya-Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah pada Februari tahun hadapan,” tambah Jalaluddin, teruja.

Selamat pengantin baru Datuk Jalaluddin dan isteri! Semoga perkahwinan kekal hingga ke jannah. Amin! 

Baca: Jalaluddin Hasan Temui Cinta Baru Bersama Ibu Tunggal Melalui Facebook, Bakal Tamat Zaman Duda

Hhhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.