in

Perhatian! Ini 19 Perkara ‘Fresh Graduate’ PERLU Lakukan!

Fresh Graduate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah tiga hingga empat tahun bertungkus lumus menghabiskan pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi pilihan masing-masing, masih ramai individu yang tidak pasti dengan apa yang perlu dilakukan mereka setelah habis belajar. Ada juga yang langsung tidak tahu perkara-perkara yang wajar dibuat setelah berpenat lelah menghabiskan pembelajaran.


Bagi anda yang tidak pasti apa yang wajar dilakukan, tidak perlu lagi pening-pening fikir kerana di sini kami senaraikan 20 perkara yang perlu fresh graduate lakukan selepas mendapat kerja berdasarkan perkongsian sebuah akaun di Twitter:

 

1. Simpan 5% – 10% Gaji

Simpan 5% hingga 10% daripada keseluruhan gaji yang diperolehi. Mungkin ada yang rasa jumlah ini kecil untuk disimpan tetapi kuncinya adalah untuk dilakukan secara berterusan. Jika boleh simpan lebih banyak lebih baik namun ikutlah kemampuan berbelanja masing-masing.

Q2
sumber: web

 

2. Jangan Mohon Kad Kredit 

Jangan sesekali memohon kad kredit! Ramai graduan tersilap langkah kerana terus memohon kad kredit setelah habis belajar dan mula bekerja. Sebaiknya elakkan memohon kad kredit jika kita tidak mahir menguruskan kewangan secara tunai.

Credit Card
sumber: wonderopolis

 

3. Lupakan Kehendak

Cuba kawal diri dan lupakan kehendak yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Contohnya jika kita hanya perlukan sehelai atau dua helai baju, jangan shopping sampai lima helai. Belilah mengikut keperluan supaya duit yang lebih boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting.

Shopping
sumber: british council

 

4. Jangan Tambah Hutang

Bagi kebanyakan di antara kita yang dibebani hutang PTPTN mahupun hutang pembelajaran lain, elakkan berhutang untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya supaya tidak diisytiharkan muflis pada usia yang muda. Berhutang memang senang, tapi susah bila nak bayar balik.

Loan
sumber: biz

 

5. Jangan Lupakan Ibu Bapa

Jangan sesekali melupakan jasa ibu bapa membesarkan kita. Kalau boleh peruntukkan sedikit wang kepada ibu bapa sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka serta wang ringgit yang mereka habiskan untuk kita dari kecil hingga dewasa.

Ibu Bapa
sumber: blog

 

6. Mohon Takaful atau Insurans

Ada yang merasakan bahawa jika gaji kita mampu untuk bayar bil hospital, tak perlu mohon insurans. Namun, kelebihan takaful dan insurans adalah lebih daripada itu. Seeloknya kaji dahulu pelan yang paling elok dan pilihlah yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

Q8
sumber: blog

 

7. Sediakan Tabung Kecemasan

Dana kecemasan ini memang penting. 5% atau 10% wang simpanan daripada keseluruhan gaji adalah simpanan yang berbeza. Simpanan tabung kecemasan ini adalah untuk kita gunakan dan ambil pada bila-bila masa berlakunya kecemasan yang tidak disangka-sangka.

Capture 1
sumber: blog

 

8. Jangan Melabur Untuk Kekasih

Ini perkara yang selalu kita tengok dilakukan oleh teman lelaki kepada tewan wanita. Tolong bayarkan duit makan atau apa sahaja yang dibeli oleh teman wanita. Tidak salah melakukannya tetapi seeloknya bayarlah sendiri barang masing-masing ye….

 

9. Jangan Kejar Teknologi

Tidak perlulah ikut trend dan beli gajet yang paling terkini. Cukup sekadar memilih telefon bimbit atau komputer riba yang fungsinya boleh memenuhi kegunaan kita. Lebih elok jika barangan yang dibeli itu sama fungsi dan kualitinya tetapi boleh dibeli dengan harga jauh lebih murah. Namun periksa dahulu betul-betul supaya tidak ditipu penjual pula.

Ii
sumber: getty images

 

10. Rancang Kehidupan

Apa yang anda nak buat selepas habis belajar? Bekerja atau sambung belajar? Berkahwin atau membina kerjaya? Fikir masak-masak tentang baik buruknya pilihan anda dan buatlah keputusan terbaik yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri di masa akan datang.

Fikir
sumber: freepik

 

11. Jangan Berhutang Untuk Berkahwin

Ni mungkin ramai orang buat! Jangan sesekali berhutang semata-mata kerana nak menghalalkan hubungan cinta dengan pasangan masing-masing. Berkahwin adalah sesuatu yang elok, tetapi jika berhutang hanya kerana untuk melangsungkan perkahwinan itu buruk padahnya. Apa gunanya jika perkahwinan kita itu nanti dibebani hutang, kan?

Q22
sumber: vinnity

 

12. Tambah Aset

Kebanyakan graduan tidak terfikir tentang hal ini kerana merasakan mereka masih muda dan masih banyak lagi masa untuk mengumpul aset. Harga aset seperti rumah dan hartanah semakin lama semakin mahal. Stabilkan kewangan, tahan diri dari kehendak yang tidak munasabah dan belilah aset untuk masa depan.

Q44
sumber: feedsss

 

13. Daftar Haji

Daftar haji awal-awal. Jika anda mempunyai wang yang cukup dalam akaun Tabung Haji, anda boleh terus daftar haji di kaunter pendaftaran mahupun secara online. Anda boleh hubungkan kad ATM bank Maybank mahupun Bank Islam dengan Tabung Haji dan daftar akaun Tabung Haji anda sendiri. Tidak perlu tunggu sudah berusia untuk daftar haji, sekarang pun boleh.

Tabung Haji
sumber: justreadonline

 

14. Tahu Apa Gunanya Akaun KWSP

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan individu di masa akan datang. Kaji kegunaan dan kepentingan KWSP betul-betul. Banyak maklumat dan faedah yang tidak kita ketahui jika tidak research elok-elok. Anda boleh baca maklumat tentang KWSP dengan lebih lanjut di sini.

Q66
sumber: mstar

 

15. Jangan Lupa Tuhan

Ada yang rasa perkara ini perlu diletakkan di senarai pertama. Namun urutan tidak menjadi masalah kerana pelaksanaannya adalah lebih penting. Dalam hal ini, kita perlu sentiasa percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah. Duit pasti boleh dicari dan rezeki Allah itu di mana-mana asalkan kita berusaha dan tidak lupa untuk berdoa meminta pertolongan-Nya.

Q77
sumber: farm7

 

16. Zakat dan Sedekah

Zakat adalah mengeluarkan harta dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk diagihkan kepada golongan-golongan yang layak menerimanya. Jangan lupa bersedekah dan membayar zakat untuk membersih dan mendapatkan keberkatan atas harta yang kita perolehi.

Zakat
sumber: zakat selangor

 

17. Kereta Mampu Milik

Pilihlah kereta yang memenuhi keperluan dan mampu dimiliki mengikut kemampuan masing-masing. Elakkan membuat pinjaman semata-mata untuk membeli kereta import yang kita minati atau sekadar untuk tujuan menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan atau sanak saudara.

Honda
sumber: edvin teo

 

18. Abaikan Cara Hidup Orang Lain

Mungkin kita tidak sedar tetapi golongan yang suka bergaya dan nampak bermewah sampai sanggup berhutang memang wujud. Abaikan cara hidup sebegini dan tak payah ikut cara hidup orang lain untuk beli barang berjenama mahal atau makan tempat mahal. Lebih baik hidup bersederhana sahaja tetapi tidak berhutang daripada hidup bergaya tapi hutang keliling pinggang.

Makan
sumber: wachrin

 

19. Tetapkan Matlamat

Cuba tetapkan matlamat anda lima tahun dari sekarang. Mungkin bunyi macam lambat lagi, tapi percayalah bahawa masa sangat cepat berlalu. Ambillah peluang di awal tahun ini untuk rancang penggunaan masa tahunan dengan sebaiknya.

Goals
sumber: medium

 

Jangan lupa berikan pendapat anda di ruangan komen ye!

Baca: Wanita Berjaya Simpan Duit Lebih RM11,000 Dalam Masa Setahun Guna Tabung Besi Je!

Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.