in

“Pergilah hospital private!” – Netizen Kecam Individu Pertikai Tiada Doktor Perempuan Uruskan Ibu Mengandung

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para suami pastinya mahukan yang terbaik untuk isteri mereka apatah lagi ketika si isteri sedang bertarung nyawa mahu melahirkan cahaya mata mereka ke dunia. Namun, ada sesetengah suami mahupun isteri yang kurang senang apabila proses ketika bersalin diuruskan oleh doktor lelaki.


Baru-baru ini seorang individu telah memuat naik status ketidakpuashatiannya di laman Facebook mengenai ketiadaan doktor perempuan untuk menguruskan wanita mengandung di Hospital Ampang.

D1 2
gambar hiasan

Katanya lagi, dia tidak setuju doktor lelaki menguruskan perempuan mengandung dan apabila dia meminta perkhidmatan doktor perempuan, hospital tersebut memberitahunya bahawa doktor perempuan hanya ada pada waktu office hour sahaja.

Hal ini menimbulkan kemarahan individu tersebut di mana dia memilih untuk memaki pengarah hospital berkenaan dengan kata kesat melalui Facebook dan bukannya dengan menyampaikan aduan melalui cara yang betul.

Bukan itu sahaja, dia juga menguatkan pendapatnya dengan mengetengahkan isu agama dan sensitiviti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Gg
sumber: facebook

Komen pemilik Facebook telah mendapat perhatian daripada Shahirah Nasir, merupakan seorang Medical Officer Obstetrik dan Ginekologi yang kesal kerana hal ini masih menjadi isu walaupun pernah diperjelaskan beberapa kali sebelum ini.

Doktor berkenaan turut memberitahu bahawa ramai doktor perempuan yang tidak mampu bertahan dengan tekanan dan masa bekerja yang panjang tanpa rehat berbanding doktor lelaki, sekaligus, menyebabkan lebih ramai doktor lelaki dalam bidang perubatan.

Ah 1
gambar hiasan

Sementara itu, netizen juga turut kecam kenyataan lelaki ini. Mereka mengatakan bahawa sekiranya dia inginkan doktor perempuan, maka, bolehlah pergi ke hospital swasta dan tanggung kos yang mahal.

Doktor2Blur

Doktor3Blur

Doktor4Blur
sumber: facebook

Selain itu, ramai juga yang marah kerana individu ini menggunakan dasar agama untuk mempertahankan pendapatnya sedangkan Islam merupakan agama yang mudah. Sekiranya dalam keadaan kecemasan, maka, tiada masalah untuk diuruskan oleh doktor lelaki.

Doktorblur

Doktor5Blur
sumber: facebook

Tidak pasti sampai bila hal ini akan menjadi isu dalam kalangan para suami dan isteri. Mungkin sebagai alternatif, bolehlah memilih perkhidmatan hospital swasta supaya dapat menuruti kehendak mereka sepenuhnya.

Bagi yang mampu, bolehlah ke hospital swasta untuk lebih puas hati.

Baca: Besarnya Pengorbanan Doktor Ini! Baca Kisah Beliau Yang Telah Menyentuh Hati Ramai Netizen

1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.