“Pergh meremang beb!” – Persembahan Lagu Sejati Nyanyian Azmi Caliph Busker Pukau Penonton

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa yang tak kenal dengan kumpulan Caliph Busker? Walaupun mempunyai kekurangan dari fizikal namun lagu-lagu nyanyian mereka berjaya menarik hati penonton!

Baru-baru ini, vokalis kumpulan itu, Azmi telah memukau hati penonton dengan persembahannya di pusingan pertama separuh akhir Muzik Muzik 32 yang berlangsung pada 29 Oktober lalu.

Sumber: BH

Azmi yang menyanyikan lagu Sejati, nyanyian asal Faizal Tahir itu bukan sahaja menarik hati penonton di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral namun hati juri-juri yang menilai persembahan tersebut.



Sumber: Youtube

Menurut Berita Harian, juri pada malam itu yang terdiri daripada AG Coco, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Azmeer, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani telah sepakat memilih lagu tersebut sebagai lagu terbaik bagi minggu pertama separuh akhir Muzik Muzik 32.

Sementara itu, rakaman nyanyian tersebut yang tersebar di media sosial telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang ternyata teruja melihat persembahan yang hebat itu.

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Wah hebatnya Azmi! Ramai penyokong dia.  

Selain Azmi, pusingan pertama separuh akhir pertandingan ini juga mempertaruhkan lagu Aisyah dari Projector Band, Bukan Propaganda dari Syamsul Yusof dan Mawi, Akhirnya Cinta nyanyian Salma, Bayang dari Khai Bahar dan Disana Cinta Disini Rindu duet Tajul dan Wany Hasrita.



Tidak dilupakan juga lagu Mata dari Ayda Jebat, Altimet dengan lagu Amboi, Aku Yang Sebenar nyanyian Hazama dan Segalanya dari Haqiem Rusli bakal bertanding untuk merebut Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal berlangsung awal tahun depan.

Sumber: Iluminasi

Walau bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada lagu nyanyian Azmi, Sejati bakal layak ke pentas akhir AJL 32 atau tidak. Harap harap terpilih!

Sumber: Inky

Pusingan kedua separuh akhir Muzik Muzik 32 akan berlangsung pada 5 November ini dengan mempertaruhkan 10 buah lagu.

Semoga Azmi Caliph Busker dan penyanyi sama hebat dengannya berjaya ke final nanti! 

Baca: “Kami ambil upah sebagai tukang urut” – Caliph Buskers Kongsi Kepayahan Mencari Rezeki Sebagai OKU



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!