in

Penuntut UPNM Meninggal Dunia Didera Rakan Dengan Seterika Wap Hingga Melecur Di Dada

Upnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Penuntut UPNM Meninggal Dunia Didera Rakan Dengan Seterika Wap Hingga Melecur Di Dada
Loading
/

Lagi-lagi kes buli dan dera pelajar. Baru sahaja surut kes pelajar tahfiz didera wardennya, hari ini timbul pula kes baru apabila seorang penuntut universiti maut didera rakannya sendiri.


Menurut laporan Harian Metro, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai maut akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

18813333 1585875111422994 6200363766533282205 N
sumber: facebook

Kejadian tersebut disahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di laman Twitter yang menyatakan kesedihannya atas apa yang menimpa mangsa. Menurutnya lagi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut.

Seterika 1
sumber: twitter
Seterika 2
sumber: twitter

Bapa mangsa, Zulkarnain Idrus yang masih terkejut dengan apa yang berlaku mengaku pernah mendengar luahan Zulfarhan kepada ibunya yang mengadu sering dipukul rakan-rakan di universiti, namun mereka menyangka hal itu tidak serius.

Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini.”

Kami redha degan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil.” 

18813818 10154922603014355 1654491814035716365 N
sumber: facebook

Bapa mangsa yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang melihat kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap itu pada bahagian dada, tangan dan kaki jenazah sebelum mayatnya dibedah siasat.

Dalam pada itu, seramai 36 individu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian pelajar tersebut. Mereka semua berusia di antara 20 hingga 21 tahun.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 10 malam semalam selepas dia dibawa beberapa rakannya untuk menerima rawatan mengenai kecederaannya di situ.

Jenazah mangsa akan dibawa ke Masjid UNITEN untuk disembahyangkan dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru untuk dikebumikan malam ini.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan dan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. Al fatihah.

Baca: ‘Saya Pernah Dirotan 15 Kali Kerana Tak Wirid Waktu Solat’ – Luah Bekas Pelajar Maahad Tahfiz

Rotan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.