in

Penjaga Jolok Tangan Dalam Mulut Kanak-kanak Terlantar Hingga ke Tekak

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di sebelah kanan adalah untuk tujuan ilustrasi.


Seorang amah warga Indonesia berusia 36 tahun telah memasukkan tangannya ke dalam mulut anak lelaki majikannya berusia 12 tahun. Kejadian itu berlaku di Singapura pada 23 November 2016.

Tindakan wanita bernama Kusrini Caslan Arja itu menyebabkan kanak-kanak tersebut sesak nafas kerana wanita berkenaan dilaporkan memasukkan keseluruhan tangan kanannya sehingga ke tekak.

Mangsa dilaporkan mengalami penyakit spinal atrophy menyebabkannya terlantar di atas katil dan memerlukan penjagaan rapi.

Disebabkan penyakit  yang dialaminya itu, kanak-kanak tersebut memerlukan sokongan udara dan oksigen menggunakan satu alat peranti perubatan.

Kusrini diupah bekerja semenjak Mac 2016 untuk menjaga anak majikannya di flat mereka. Antara kerja yang perlu dilakukannya termasuklah menyedut keluar kahak dari salur udara menggunakan mesin penyedut.

Majikannya difahamkan telah melatih Kusrini cara mengendalikan mesin itu termasuk penutup sedutan yang dipasang di mesin berkenaan. Malah, dia turut diberitahu bahawa penutup yang dianggarkan sebesar ibu jari orang dewasa itu perlu ditempatkan di luar hidung dan bibir anak mereka.

A 4
penutup penyedut

Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 9.15 pagi apabila Kusrini menggunakan mesin itu selepas mendapati kahak kanak-kanak tersebut lebih banyak dari kebiasaannya.

Wanita itu bagaimanapun tidak mengikut arahan majikan, sebaliknya memasukkan penutup itu ke dalam mulut mangsa dengan harapan kahak akan lebih cepat disedut.

Namun, selepas lebih kurang satu minit, Kusrini mula panik selepas mendapati penutup itu tiada di dalam mulut anak majikannya.

Akibat terlalu panik, Kusrini terus menjolokkan keseluruhan tangan kanannya ke dalam mulut kanak-kanak itu sehingga ke tekak namun masih tidak menjumpai penutup berkenaan.

Bukannya menelefon majikan atau hospital, wanita itu malah menjolok tangannya lebih dalam sehinggakan tangannya ditenggelami darah.

Akibat jolokan tersebut, kanak-kanak itu tidak mendapat oksigen menyebabkan mukanya bertukar menjadi kebiruan selain turut muntah darah.

G 1

Kusrini kemudian berputus asa selepas tidak menjumpai penutup itu dan mengeluarkan tangannya pada jam 9.22 pagi.

Ibu mangsa yang mempunyai akses kamera litar tertutup memeriksa keadaan anaknya dan mendapati Kusrini sedang menambahkan semula oksigen dan tahap oksigen anaknya semakin rendah. Suaminya kemudian menghubungi Kusrini namun diberitahu bahawa anaknya itu dalam keadaan baik.

Takut dimarahi majikan, Kusrini merahsiakan tentang apa yang berlaku namun pasangan itu kemudian mendapati degupan jantung anaknya lemah dan bekas pam mesin penyedut itu dipenuhi darah.

Ibu mangsa yang merupakan seorang jururawat kemudian membuka mulut anaknya itu dan mendapati penutup mesin tertinggal dan mengambilnya menggunakan dua tweezer.

Tindakan Kusrini merahsiakan tentang insiden itu bagaimanapun terbongkar apabila bukti diperolehi dari rakaman CCTV yang dipasang berdekatan katil kanak-kanak berkenaan.

Z 3
sumber: zaobao. Com. Sg

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami luka di tekak dan dibenarkan keluar dua hari selepas ditahan di wad.

Kusrini dilaporkan mengaku bersalah semalam ketika dihadapkan di mahkamah. Hukuman bakal ditentukan dalam perbicaraan seterusnya yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.