in

Peniaga Online Guna Helah Kena Culik Warga Bangladesh Untuk Lari Daripada Hutang

Tipu Tipuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam tular apabila seorang pengguna Facebook bernama Hafiz Retro memuatnaik beberapa screenshot perbualan di WhatsApp dan Facebook Messenger tentang seorang wanita yang kononnya telah diculik lelaki warganegara Bangladesh semasa membuat penghantaran barang jualannya secara cash on delivery (COD) kepada pelanggan.


Hhh
sumber: facebook

Hafiz Retro menulis,

Berhati-hatilah wahai perempuan yang COD dekat luar sana tu. Jangan berani pergi sendiri, ajak kawan lelaki walaupun kita yakin ianya selamat. Ingatlah, kita tak tahu setiap apa yang bakal berlaku.” 

Melalui pengkongsiannya itu, Hafiz juga memberitahu bahawa dia mempunyai rakaman suara mangsa yang diculik, namun tidak dapat memuatnaik kerana fail rakaman tersebut tidak disokong Facebook.

Screenshot yang dikongsikannya menerangkan aduan suami mangsa yang dikenali sebagai Nizam akan kehilangan isterinya yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak petang semalam.

18199431 1418565711499300 6377742026435694713 N 1
sumber: facebook

Pun begitu, pada pukul 7.30 malam dia menerima rakaman suara dari isterinya, Nurfauzilah Ariffin meminta pertolongan. Nizam juga memberitahu bahawa isyarat terakhir yang diperoleh dari telefon isterinya adalah di kawasan Sitiawan, berdekatan pencawang Mc Donald’s.

18221898 1418565754832629 8127799191001225915 N
sumber: facebook
18222096 1418565781499293 9081465964486585897 N
sumber: facebook

Nizam juga mengongsikan perbualannya bersama penculik warga Bangladesh yang telah membawa lari isterinya untuk bekerja dengan mereka. Turut dimuatnaik, gambar aduan polis yang telah dibuat suami mangsa berikutan kes culik tersebut.

18301624 1418565811499290 747794416367881995 N
sumber: facebook

Namun drama penculikan ini mencapai klimaksnya apabila beberapa orang pengguna Facebook mendakwa screenshot tersebut merupakan rekaan suami isteri itu semata-mata.

Tipu
sumber: amazingnara

Mangsa sebenarnya ingin lari dari bebanan hutang. Malah ada saksi yang mengaku melihat mangsa sedang makan nasi di rumah. Amboi, amboi… Siap makan nasi tu!

Tipu 2
sumber: amazingnara
Tipu 3
sumber: amazingnara

Malah laporan polis yang dibuat juga dikatakan palsu kerana nombor laporan yang disertakan tidak wujud serta suami mangsa juga dilihat tenang seperti tidak berada di dalam kesusahan. Ada juga yang mendakwa terlihat suami mangsa sedang bermain badminton. Cis netizen kena troll!

Mereka sekeluarga sebenarnya telah berpakat untuk tularkan berita ini dengan tujuan untuk melarikan diri dari membayar hutang sejumlah RM22,000 yang dipinjam dari Amanah Ikhtiar.

Tipu 4
sumber: amazingnara

Tindakan Nurfauzilah yang dikatakan mengambil gambarnya sendiri dalam keadaan mulut terikat dengan tudung telah menjadi bahan lawak serta kutukan netizen.

Tipu 5
sumber: amazingnara
Tipu 6
sumber: amazingnara

Disebabkan terbongkarnya penipuan tersebut, Norfauzilah telah memadamkan beberapa komen netizen yang mendedahkan kisah sebenar dan kemudian akaun Facebook tersebut diletakkan dalam mod peribadi.

Tak sangka sampai ke tahap itu seseorang terpaksa menipu demi melarikan diri daripada hutang. Tahniah netizen kerana memdedahkan penipuan ini! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.