in

Peniaga Nasi Campur Jual Lauk Harga RM1 Kerana Kasihan Dengan Pekerja Bergaji Rendah

Rm1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah ekonomi yang semakin merudum membuatkan kebanyakan pekerja makan gaji mengikat perut waktu makan tengah hari. Akibat kasihan dengan nasib pekerja-pekerja ini, seorang peniaga nasi campur telah memikirkan satu idea.


Nur Nadia Nordin yang merupakan peniaga nasi campur telah menjual lauk tengah hari dengan harga RM1 sesenduk bagi mereka yang bergaji rendah, lapor Malay Mail.

20525490 447757668941083 4602778191307815294 N
sumber: facebook

Inisiatif ini dijalankannya setelah dia turut merasai dan memahami kepayahan orang ramai masa kini akibat kenaikan kos sara hidup dan harga bahan mentah untuk masakan.

“Kita perlu kasihankan mereka yang makan gaji kerana ada antara mereka gaji masih sama.” 

“Kadangkala sepinggan nasi dengan lauk ayam dan sayur sampai RM8, itu tidak termasuk air,” kata Nadia.

20604651 447757825607734 3632192386094255393 N
sumber: facebook

Oleh sebab itu, Nadia memutuskan untuk menjual ‘nasi bajet’ dengan kos lauk sesenduk RM1, nasi RM1 dan air sirap RM1 selepas berbincang dengan suaminya.

19702452 436141536779548 5827885052051676465 N
sumber: facebook

Pun begitu, dia terpaksa menjual lauk ikan dengan harga RM2 kerana mengikut harga semasa yang agak tinggi.

Kedai makan nasi campur Nadia juga mendapat perhatian netizen, Sis Balloons yang berkongsi testimoni mereka selepas makan di kedai tersebut.

Special betul. Selalu sis habis RM13 untuk dua orang makan tengah hari. Hari ini sis hanya bayar RM6 untuk dua set nasi.” 

Sis dah rasa. Sedap semua lauknya. Yang penting berbaloi-baloi sis,” komennya.

20597088 449462212114147 2157459936910169054 N
sumber: facebook
20604683 447757688941081 4597709292811737078 N
sumber: facebook
20374521 447757755607741 9049963381883708236 N
sumber: facebook
20597129 447757712274412 2131441023834707149 N
sumber: facebook
20526337 447757808941069 1194895811241786230 N
sumber: facebook

Bagi yang berminat, anda bolehlah mengunjungi Medan Selera Bachang Corner, Taman Kota Masai, Pasir Gudang yang kini menjual lebih dari 15 buah hidangan. Anda boleh juga lawati laman Facebook Bachang Corner di sini.

Baca: Orang Ramai Sanggup Beratur Beli Nasi Lemak RM1 Demi Membantu Wanita Ini

Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.