in

Peniaga Marah Bila Tanya Harga Tapi Tak Beli? Ini 7 HAK PENGGUNA Semua Kena Tahu!

Feature Hak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini heboh kita dengar kisah individu yang menyembunyikan maklumat tentang kilang pembuatan produk yang dihasilkan oleh syarikat mereka. Ada juga peniaga yang meminta untuk pelanggan menghantar mesej secara peribadi jika mahu mengetahui harga atau maklumat terperinci tentang barangan yang dijual tetapi marah-marah apabila akhirnya tidak membeli.


Namun, tahukah anda bahawa peniaga yang gagal mempamerkan maklumat seperti harga barangan mereka boleh didenda dan dipenjara? Kita sebagai pengguna harus sedar apakah hak-hak kita sebagai pengguna dan apa yang perlu diteliti sewaktu membeli sesuatu barangan.

Sebagai seorang pengguna, kita berhak mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapatkan maklumat, mendapat ganti rugi, mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang selamat, menyuarakan pendapat, mendapatkan pendidikan pengguna serta berhak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Yoi yang dirujuk dengan laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini kami senaraikan beberapa perkara yang perlu diteliti oleh pengguna sebelum membeli sesuatu barangan.

1. Lokasi

Perkara pertama yang perlu anda ambil tahu adalah tempat asal barangan atau produk, termasuk nama dan alamat pembuat dan pengilang, pengimport, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal. Ini bermaksud, peniaga tidak layak menyembunyikan sebarang maklumat berkenaan kilang pemprosesan produk walaupun perkara tersebut dirasakan berisiko kepada perniagaan mereka.

K1 4
sumber: blog

 

2. Tarikh

Selalunya kita hanya periksa tarikh luput makanan sahaja, kan? Ini pun kadang-kadang lupa nak tengok. Bukan hanya tarikh luput makanan sahaja, kita juga perlu tahu tarikh luput untuk setiap barangan dan produk yang kita gunakan. Selain tarikh luput, pengguna juga wajar meneliti tarikh pembuatan dan pengilangan produk atau barangan yang akan dibeli.

K2 5
sumber: celik nutrisi

 

3. Nama

Perkara ini nampak macam simple, tapi kita juga perlu tahu bagaimana sebutan sebenar barangan yang dijual oleh peniaga. Contohnya, suatu masa dahulu pernah kecoh kisah nama restoran Me’nate yang menimbulkan kontroversi dan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat kerana kekeliruan sebutan yang berlaku. Jadi, ketahuilah bagaimana cara sebenar untuk menyebut nama barangan yang akan anda beli.

Menate
sumber: saji. My

 

4.  Kuantiti

Pengguna perlu meneliti berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang yang dibeli mengikut unik metrik. Pastikan barangan yang bakal dibeli ditimbang dengan elok dan benar-benar cukup kuantitinya.

Jijij
sumber: makingcosmetics

5. Kandungan

Bab kandungan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu kandungan umum dan khusus:

  • Umum

Pengguna perlu ambil tahu tentang penerangan kandungan umum produk yang bakal dibeli termasuklah maklumat, keupayaan, panduan penggunaan dan batasannya. Sesetengah produk memerlukan panduan terperinci untuk digunakan dan mungkin berbahaya jika digunakan dengan cara yang tidak betul.

  • Khusus

Penerangan kandungan khusus juga perlu diteliti sebaik-baiknya. Antara kandungan khusus yang perlu diamati adalah seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan serta khasiat bahan-bahan kandungan yang digunakan. Ini semua penting bagi menjamin keselamatan kita sebagai pengguna.

K4 2
sumber: wanista

 

6. Kelulusan

Ini benda paling penting! Penjual boleh maklumkan apa sahaja kepada pengguna, namun jika tiada kelulusan daripada badan-badan berwajib, tiadalah pengesahan terhadap keselamatan barangan yang kita gunakan. Tanda kelulusan, gred dan ciri-ciri yang memenuhi standard SIRIM dan jabatan berkaitan sangat perlu dititik beratkan.

K5 1
sumber: blog

 

7. Maklumat Tambahan

Bukan perkara-perkara berkaitan barangan dan produk sahaja yang perlu diberi perhatian, terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa juga wajar diketahui oleh pengguna. Maklumat penting seperti amaran dan peraturan kecemasan untuk kanak-kanak juga wajar diambil tahu.

K6 2
sumber: astro awani

Mari jadi pengguna bijak! Sebarkan maklumat ini untuk kepentingan bersama!

Baca: “Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk” – Tweet Ini Bongkar Betapa Mudahnya Mohon Kelulusan KKM

Jiji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.