in

Pengasuh Taska di Melaka Kejam Dera Bayi Dengan Ikat Kaki Tangan Ketika Menyusu

Dera Budak Weh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya makin berbelah bahagilah hati ibu bapa zaman sekarang nak menghantar anak-anak mereka ke pusat taska. Bagaikan tak serik-serik, pengasuh di pusat tersebut tergamak menganiaya anak kecil tanpa rasa belas kasihan!


Baru-baru ini, tersebarnya beberapa keping gambar menyayat hati akan bayi yang kelihatan diikat kaki dan tangan mereka menggunakan kain lampin ketika sedang meminum susu. Kesiannya! 

22788927 10214378154793886 5950221036175144139 N
sumber: facebook
22814370 10214378155033892 5716167064413998955 N
sumber: facebook

Menurut Sinar Harian, gambar dan video yang diambil menerusi telefon bimbit salah seorang pengasuh di pusat penjagaan berkenaan memperlihatkan juga tindakan suspek menengking bayi yang menangis sambil memasukkan botol susu ke dalam mulut anak kecil tersebut dengan kasar. 

Image 3
sumber: sinar harian

Tidak cukup dengan itu, pengasuh itu juga dilaporkan memandikan bayi tersebut dalam keadaan anak kecil itu ditiarapkan ke atas lantai tandas dan menangis kesakitan. Ya Tuhan tergamak dorang buat bayi macam tu! 

Ekoran dari tularnya visual berkenaan, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Paya Rumput, Melaka.

Dakwaan dan imej yang tersebar ternyata benar dan bekas pengasuh di taska tersebut yang berusia dalam lingkungan 60-an telah pun diberhentikan kerja sejak dua minggu lalu.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar ketika membuat lawatan ke taska tersebut berkata, pihak pengusaha taska sudahpun membuat penjelasan kepadanya dan mereka mengambil tindakan untuk memberhentikan wanita terbabit yang sudah tujuh tahun berkhidmat di situ.

Image 1 1
sumber: sinar harian

Ia juga difahamkan, kejadian itu mula berlaku sejak beberapa bulan lalu dan wanita tersebut mungkin mengalami gangguan perasaan kerana dia masih bujang walaupun usianya sudah meningkat 60-an. Alahai! Tapi kenapa nak kena dera anak orang kan? 

Pihak JKM negeri, Burhanuddin Bachik juga mengakui pihaknya pernah menerima beberapa aduan daripada ibu bapa akan hal berkenaan, namun pada ketika itu tiada bukti sahih untuk mengaitkannya dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut.

Namun semuanya terbongkar apabila visual yang baru-baru ini dirakam secara senyap tersebar ke media sosial.

22729062 10214378154513879 5524639897068079012 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, Burhanudin telah memberi amaran kepada pengusaha taska untuk mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan. Tindakan akan dikenakan jikalau mereka gagal melaksanakannya.

Selain itu, pihak JKM juga akan melakukan lawatan secara berkala bagi memastikan taska ini sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.

Berhati-hatilah kalau nak hantar anak kecil ke taska atau pusat jagaan. Orang zaman sekarang ramai yang tak betul. Budak kecil pun sanggup dianiayanya! 

Baca: Wartawan ‘Undercover’ Dedah Penderaan Kejam Terhadap Kanak-Kanak OKU di Pusat Terapi

Deras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.