Pengasuh Pusat Penjagaan Cubit Kemaluan Kanak-kanak Lelaki Kerana Enggan Tidur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ibu bapa yang bekerja dan punyai anak kecil pastinya akan memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat penjagaan. Walau bagaimanapun, saban hari, mereka semakin risau untuk menghantar anak-anak ke situ gara-gara terdapat banyak kes penderaan yang telah terjadi di pusat penjagaan kanak-kanak.

Terbaru, mStar telah melaporkan seorang pengasuh di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak telah mencubit kemaluan kanak-kanak lelaki hanya kerana enggan tidur pada waktu siang.

Menurut Harian Metro, kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun itu telah mengalami lebam pada alat sulitnya selepas dicubit oleh pengasuh yang berusia 30-an di pusat penjagaan kanak-kanak yang terletak di Kampung Baru, Sungai Buloh. Hal ini hanya disedari bapa kanak-kanak itu ketika sedang memandikannya pada sebelah petang hari yang sama.



Sumber: Harian Metro

Bapa kanak-kanak lelaki tersebut menyedari terdapat kesan lebam pada alat sulit anaknya dan terus meminta penjelasan daripada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut kemudian berterus terang dan mendedahkan bahawa pengasuh telah mencubitnya di bahagian itu.

Woo Jack Son, 23, bapa kepada mangsa tersebut terus membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Melalui pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa alat kelamin mangsa telah lebam dan bengkak terkena daripada kuku.

Gambar hiasan

Ingin tahu apa yang berlaku, bapa mangsa terus menghantar mesej kepada pengasuh berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripadanya. Pengasuh tersebut bagaimanapun menafikan telah mencubit kemaluan kanak-kanak itu serta berjanji akan meneliti rakaman CCTV bagi mengetahui hal yang sebenar.

Difahamkan, datuk dan nenek mangsa masih tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut membuatkan menyerbu pengasuh itu bagi mendapatkan cerita yang sebenar. Pengasuh terbabit bagaimanapun tetap menafikan kesalahan itu dan memberikan alasan bahawa kanak-kanak tersebut tercedera kerana bermain dengan rakan-rakannya.

Gambar hiasan

Namun, selepas diugut oleh bapa mangsa untuk melaporkan kes ini ke balai polis, pengasuh itu akhirnya mengakui kesalahannya dan merayu supaya keluarga tersebut tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang. Baru nak mengaku!



Difahamkan bapa mangsa tidak mengendahkan rayuannya dan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh serta sudah melantik peguam untuk menguruskan kes ini.

Kesian budak tu kena cubit dekat alat sulit semata-mata sebab tak nak tidur. Harap pengasuh itu akan ditahan dan dihukum atas perbuatannya.

NOTA: Gambar kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Baca: Pengasuh Taska di Melaka Kejam Dera Bayi Dengan Ikat Kaki Tangan Ketika Menyusu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.