Pengasuh Jual Barangan Bayi Jagaan di Facebook Selepas Dera Hingga Patah Tangan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ibu bapa mana yang tak susah hati apabila mendengar kisah pengasuh mendera anak jagaan dengan sesuka hati hampir setiap hari. Kalau sekadar cubit-cubit hingga mendatangkan luka pada tubuh badan pun ibu bapa dah mengamuk, inikan pula tangan anak patah angkara pengasuh yang tidak bertanggungjawab!

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Shasya Shasya telah membongkar kisah anak saudaranya yang berusia tujuh bulan telah didera pengasuh tidak berhati perut sehingga patah lengan kiri. Aduhai! 

Sumber: Facebook

Berikut apa yang ditulisnya:



“Selama ni aku sabar je. Sebab fikir kakak aku kata Allah ada Allah balas. Tapi pagi tadi rasa nak meletup dah. Tak boleh tahan dah. Siapa boleh tahan orang buat anak saudara dia? 

“Nayel baru tujuh bulan masa jadi tu. Tau jadi apa? Patah tangan oi. Bayi lagi kena hadap sakit tangan.” 

Sumber: Facebook

Menurut Shasya, pada mulanya kakaknya iaitu ibu kepada bayi Nayel tidak sedar bahawa tangan anaknya sudah patah. Selepas mengambil bayi tersebut daripada jagaan si pengasuh yang bernama Atikah, dia mula sedar yang tangan anaknya terkulai layu apabila diangkat naik ke atas. Alamak! 

Risau dengan keadaan anaknya, bayi itu terus dibawa ke klinik untuk melakukan pemeriksaan x-ray. Ternyata keputusan yang keluar adalah perkara yang paling dirisaukan si ibu.

“PATAH! Aku ulang sekali lagi PATAH! Macam mana bayi tujuh bulan rasa nak hadap sakit patah tangan tu? 



“Kakak aku mesej pengasuh tu tanya apa jadi, tapi dia mati-matian kata bukan dia. Kakak aku tak tuduh pun baru tanya,” katanya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kes Nayel kemudian telah dirujuk ke hospital dan pihak hospital menasihatkan ibu bayi supaya membuat laporan polis disebabkan keadaan tangan bayi yang patah bukan disebabkan jatuh tetapi berkemungkinan telah dipijak. Ya tuhan! Kenapa sampai macam tu sekali??

Sumber: Facebook

“Pengasuh tu boleh ada hati mesej kakak dan mak aku kata kami aniaya dia sebab kami buat report. Tak kesian dekat dia menyusu anak sebab kami report dia? Dah tu yang Nayel patah tangan tu siapa nak kasihan? 

“Manusia jenis apa ni. Dia cakap dia jaga Nayel, fokus tak pernah jatuh. Padahal muka Nayel pernah bercalar teruk dan dia kata Nayel terhantuk. Itu tak kira lagi boleh keluar tinggal Nayel dekat jiran. Bawa Nayel pergi kedai perabut tak beritahu,” luah Shasya panjang lebar.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Apa yang lebih menyakitkan hatinya, pengasuh tersebut langsung tidak memohon maaf di atas kesalahannya dan bertindak menjual barangan bayi milik mangsa di Facebook pula. Eh kegilaan apakah ini? Memang jenis tak tahu malu ke? 



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ibu bapa beringat-ingatlah sebelum beri anak kesayangan kepada pengasuh yang kurang anda kenali. Yang kita kenal rapat pun belum tentu dapat jaga anak kita sendiri dengan baik. Hmm…

Baca: Pengasuh Taska di Melaka Kejam Dera Bayi Dengan Ikat Kaki Tangan Ketika Menyusu 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!