in

Penganggur Tergamak Pukul Ibu Mertua, Bakar Rumah Kerana Berang Ditegur Isteri Tidak Beri Nafkah

Warga2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar kiri di atas bukan kejadian sebenar dan hanya untuk tujuan ilustrasi semata-mata


Bila dalam keadaan marah, seseorang itu pasti akan menjurus kepada melakukan sesuatu di luar kawalan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki ini yang berang selepas ditegur isterinya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

Lelaki berusia 32 tahun itu yang juga seorang penganggur dikatakan bertengkar dengan isteri di rumah ibu mertuanya di Kampung Baru FELDA Neram 1, Chukai pada waktu tengah malam, 15 Mei lalu.

Pasangan itu bertengkar selepas isteri suspek menegurnya kerana tidak memberikan nafkah empat anak mereka, malah menumpang di rumah ibunya itu.

Gaduh2
gambar hiasan

Sikap suspek mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri dan empat anak mereka menyebabkan keluarga itu terpaksa menumpang di rumah ibu wanita berkenaan.

Ibu mertua suspek, Wan Embak Wan Ngah, 56, kemudian membawa anak perempuan serta kesemua cucunya ke rumah jiran untuk meminta pertolongan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Naik angin dengan teguran dan tindakan tersebut, suspek terus mengejar ibu mertuanya itu lalu memukul dan menumbuk dagu warga emas tersebut.

Suspek malah turut memukul jiran lelaki yang cuba melindungi isteri dan anak-anaknya pada ketika itu. Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian berpatah balik dan membakar rumah ibu mertuanya.

Rumah 1
sumber: harian metro

Menurut Ketua Polis Kemaman, Supritendan Mohd Said Ibrahim, suspek selepas itu memaksa empat anaknya yang berusia setahun hingga 10 tahun untuk lari bersamanya. Haa, pastu nak bagi anak makan apa tu?

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Baharu yang menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah malam bergegas ke lokasi untuk  memadamkan kebakaran. Namun, rumah itu telah hangus sepenuhnya.

Pihak polis kini sedang menjejaki suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Kesian juga anak-anak kena hadapi situasi macam ni. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.