in

Penerima Anugerah Pemandu Contoh Grab Ditembak Mati Oleh Penumpang Sebelum Kereta Dicuri

Pemandu Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemandu perkhidmatan Grab yang pernah tular kerana perbuatan baiknya terhadap penumpang dilaporkan maut ditembak minggu lalu. Menurut Nextshark, kejadian berlaku pada 26 Oktober di mana Gerardo Amolato Maquidato Jr. dari Filipina telah dibunuh oleh beberapa suspek yang menyamar sebagai penumpang.


Saksi yang berada di kawasan berdekatan dikatakan terdengar bunyi tembakan dan menyaksikan seorang lelaki telah ditolak keluar dari sebuah kereta di Bonanza Street di Bandar Pasay, Manila.

Grab 4

Grab 5
sumber: facebook

Grab Filipina dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan tragedi mengejutkan itu,

Kami turut meratapi kematian mengejut salah seorang pemandu terbaik kami, Encik Gerardo Amolato Maquidato Jr. Pihak Grab akan memastikan keadilan ditegakkan dan pesalah akan dipenjarakan.”

Tahun lalu, mangsa menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian selepas tindakan murninya tular di Facebook.

Grab 3
sumber: rappler

Pengguna Facebook itu berkata bahawa kakaknya yang membawa beg darah dari dialisis telah menggunakan perkhidmatan Maquidato. Dia kemudian menyedari bahawa wanita itu kelihatan sakit namun masih mampu senyum.

Sampai di destinasi, Maquidato membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj kepada wanita tersebut. Dia kemudian menerima anugerah pemandu contoh daripada Grab selepas dipuji netizen.

Grab 2
sumber: facebook

Difahamkan, suspek yang membunuh dan mencuri keretanya masih belum dapat dikesan sementara pihak Grab dan polis sedang bekerjasama untuk menahan pesalah tersebut.

Menurut Grab Filipina, mereka menawarkan 100,000 Peso (RM 8194.23) kepada sesiapa sahaja yang memberi maklumat dan membantu dalam penangkapan kesemua suspek.

Takziah buat keluarga dan rakan-rakan mangsa. Diharap pesalah dapat ditangkap secepatnya dan dihukum dengan setimpal…

Baca: “RM 20 for ride. RM 30 for your kindness”- Sifat Kebaikan Pemandu Grab Malaysia Dipuji Pasangan Singapura

Swdw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.