in

Penerbangan Tertangguh Lebih 4 Kali, Prestasi MAS Dikritik Netizen

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia Airlines System (MAS) antara syarikat penerbangan popular di Malaysia. MAS sentiasa mengadakan promosi untuk penumpang-penumpangnya dengan harga yang sangat berpatutan. Tetapi baru-baru ini, terdapat banyak kritikan netizen tentang tahap prestasi MAS yang dikatakan semakin lama semakin merundum.


“Terima kasih pada staff MAS kerana bekerja dengan syarikat yang ada 6 kes dalam penangguhan penerbangan dan bagasi hilang dalam masa 4 hari sejak Tahun Baru”

Menurut Abigail Tee, baru-baru ini dia telah menempah tiket penerbangan MH89 pada jam 10.20 pagi dari Tokyo. Dan untuk keesokkan harinya dia perlu terbang dari KLIA2 ke Singapura. Jadi pada 2 Januari, dia sudah bersiap sedia di Lapangan Terbang Tokyo dan setibanya dia di sana, tiba-tiba pengumuman mengumumkan penerbangannya ditangguhkan pada jam 1 tengah hari. Kupon makanan juga tidak disediakan, malah penumpang sendiri yang perlu meminta pada mereka.

C4
sumber: facebook

“Dalam jam 12.30 dorang umumkan lagi flight delay. Dah ramai penumpang yang risau sebab masing-masing ada penerbangan seterusnya selepas itu”

“Jam 3 petang, sekali lagi mereka bagitahu flight cancelled!”

Katanya lagi, proses untuk mendapatkan semula bagasi mereka juga tidak berjalan dengan lancar. Mereka perlu menungguh lebih kurang 3 jam untuk mendapatkan kembali bagasi masing-masing. Lebih teruk lagi, MAS tidak menyediakan penempatan hotel untuk penumpang serta kupon makanan yang sepatutnya diberikan.

C5
sumber: facebook

Penerbangan seterusnya pada jam 1.30 tengah hari. Dan pekerja MAS meminta penumpang untuk tiba di lapangan terbang pada jam 10 pagi.

“Saya sampai situ pukul 9.30 pagi. Dorang cuma buka 3 kaunter, di mana salah satunya hanya untuk Business Class. Dan saya sampai di gate pada jam 11 pagi”

Pada jam 12.30 pagi, semua penumpang berasa risau memandangkan tiada apa-apa berita tentang penerbangan mereka, seolah-olah tiada penerbangan pada waktu itu. Tiba-tiba MAS mengumumkan lagi, penerbangan mereka ditangguhkan untuk kesekian kalinya dek kerana masalah penyelenggaraan. Dan berulang lagi, tiada kupon makanan serta penempatan sementara yang disediakan.

C6
sumber: facebook

Dek kerana berang dengan situasi yang tidak sepatutnya terjadi ini, mereka mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dan mahu duit mereka dikembalikan. Tetapi pekerja MAS tidak bersetuju kerana ia akan mengambil masa 2 jam untuk mengeluarkan bagasi mereka.

“Tiba-tiba dorang announced yang akan ada plane dari KL akan datang semata-mata untuk ambil kami. Dorang janjikan tak ada lagi delays dan waktu penerbangan pukul 7 malam”

Menurut perkongsian lain, kapal terbang yang kononnya semata-mata datang ke Tokyo untuk mengambil mereka adalah dusta semata-mata. Ini kerana mereka mendapati bahawa terdapat penerbangan lain iaitu MH71D yang dibatalkan kerana masalah teknikal. Mereka percaya bahawa kapal terbang yang mereka gunakan itu sebenarnya adalah MH71D.

C1 1
sumber: facebook
Ccc
sumber: facebook

Kemudian, semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi setibanya Abigail di Singapura, pekerja MAS memaklumkan bahawa bagasinya masih ada di kapal terbang sebelum ini (dari Tokyo ke KL).

Dalam perkongsian Abigail, dia turut menanyakan soalan kepada pihak MAS,

“Is Malaysia Airlines recycling aircrafts? Letak penumpang di kapal terbang yang sepatutnya untuk penumpang lain? Sebab itu ada delays teruk macam ini?

Hmm.. Apa-apa pun kami harap pihak MAS dapat menerangkan apa yang sebenarnya telah terjadi dan tidak akan berulang lagi isu sebegini.

Baca: “Angkat sendirilah!” – Wanita Kesal Sikap Pekerja Bawahan MAS Biadap Conteng Bagasinya

Ground Staff In Malaysia Airlines Are To Be Punished Over Vandalism Of Customers Belongings World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.