in

Penerbangan Air Asia Ditangguhkan, Pramugari Nyanyi Lagu Jason Mraz Untuk Hiburkan Penumpang

Airasia Flight Attendant Wows Passengers On Delayed Flight By Sweetly Singing Im Yours World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Penerbangan Air Asia Ditangguhkan, Pramugari Nyanyi Lagu Jason Mraz Untuk Hiburkan Penumpang
Loading
/

Penerbangan ditangguhkan? Mesti ramai buat muka monyok apabila mendengarnya. Tapi bayangkan kalau ada hiburan lain yang mampu membunuh masa anda yang terbuang semasa menunggu penerbangan yang seterusnya… Mesti best kan? 


Menurut World of Buzz, penumpang yang menaiki penerbangan Air Asia dari Hong Kong ke Bangkok pada Julai lepas telah mengalami kelewatan. Namun semuanya tidak menjadi masalah apabila mereka dihiburkan dengan persembahan istimewa dari krew penerbangan tersebut.

Wah makin menarik Air Asia sekarang ni ye! 

Airasia Flight Attendant Wows Passengers On Delayed Flight By Sweetly Singing Im Yours World Of Buzz
sumber: facebook

Salah seorang penumpang Air Asia, Kornchanok Benchapongsa telah berkongsi rakaman video yang menunjukkan seorang pramugari Thai yang jelita sedang menghiburkan penumpang dengan menyanyikan dua buah lagu. Nak tonjol bakat terpendam ni! 

Sebelum dia mula menyanyi, seorang pramugara lain melalui sistem interkom telah memperkenalkannya dan memberitahu bahawa dia bakal menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan para penumpang yang bosan.

Tanpa berlengah lagi, dia mengambil alih interkom tersebut dan mula memainkan sebuah lagu latar dari telefon pintarnya. Pramugari tersebut bermula dengan menyanyikan sebuah lagu Thai untuk penumpang Thai di dalam penerbangan tersebut dan mengakhirinya nyanyiannya dengan senyuman yang menawan. Kesemua penumpang bertepuk tangan tanda terhibur dengan lagu yang dibawanya.

Airasia Flight Attendant Wows Passengers On Delayed Flight By Sweetly Singing Im Yours World Of Buzz 2
sumber: facebook

Alahai mesti cair abang-abang dalam kapal terbang tu tengok dia! 

Rakaman video yang kedua pula menunjukkan pramugari yang serupa sambung menyanyi sebuah lagu Inggeris iaitu “I’m Yours” dari penyanyi terkenal Jason Mraz. Nyanyiannya sekali lagi mendapat tepukan gemuruh dari penumpang penerbangan itu. Berbakat sungguh pramugari Air Asia ni! 

Dua rakaman tersebut telah tular di media sosial dan netizen sudah semestinya terpukau dengan kecantikan pramugari tersebut dan memuji nyanyiannya yang menghiburkan.

Komen salah seorang netizen, “Dia bukan saja ada wajah yang jelita tapi suaranya juga manis didengar!”

Tonton video nyanyiannya di bawah:

Makin ramailah nak naik flight Air Asia lepas ni. Untung-untung delayed ada pula pramugari cantik nak menyanyi satu dua lagu Siti Nurhaliza! Mana tahu kan?? 

Baca: CEO Air Asia Dipuji Netizen Kerana Tidak Lokek Bantu Anak Kapal Bersihkan Pesawat

Tony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.