in

Penduduk Kampung Kutip Sampah Untuk Dijual Semula Demi Kelangsungan Hidup

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika hidup anda dikelilingi sampah yang semakin hari semakin busuk dan berulat, mampukah anda bertahan? Pernahkah anda bayangkan mereka yang perlu mengalami situasi sebegitu demi menampung kehidupan seharian?


Seperti kisah mereka ini yang mengutip sampah demi kelangsungan hidup. Lebih kurang 30 penduduk di Kampung Pusu 40 di Kelantan memilih untuk menyelongkar sampah di tempat pelupusan sampah untuk dijual semula. Antara barangan yang dicari dan mendapat bayaran yang berbaloi adalah tin, botol kaca, plastik dan guni.

Sampah2
sumber: sinar harian

Justeru, seawal jam 8 pagi, kelibat Rokiah Nor, 53, mencari sampah di tempat pelupusan dapat dilihat.  Menurut Rokiah, dia mengumpul bahan kitar semula di belakang rumahnya bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari. Malah, Rokiah sudah melakukan pekerjaan ini bertahun lamanya.

Saya mula bekerja sebagai pemungut sampah sejak 20 tahun lalu, ketika mula berpindah ke pusat pengumpulan sampah ini,” katanya.

Sampah1
sumber: sinar harian

Bagi setiap 100 botol kaca, upah sebanyak RM6 akan diberi dan tin susu adalah bahan yang paling murah iaitu 10 sen bagi setiap tin.

Rokiah turut mengaku sudah lali dengan bau sampah dan kotoran kerana sudah bertahun lamanya kerja itu menjadi punca pendapatannya.

Dah lama saya tak dapat hidu bau busuk sebab hidung saya dah biasa bau ini. Jadi saya tak kisah baju atau rumah bau busuk, di sinilah rumah saya dan di sinilah tempat saya keluar mencari rezeki,” kata Rokiah.

Berbeza pula dengan Zaharah Sulaiman, 67, yang sering dilarang oleh anak-anaknya namun dia tidak pernah berhenti melakukan kerja tersebut. Malah, dia sudah bekerja sebagai pengutip sampah sejak 30 tahun lalu.

Kebiasaannya, Zaharah akan mengumpul selama tiga hari sebelum menjualnya semula dan mendapat lebih kurang RM10 untuk satu hari.

Selama 30 tahun ini, Zaharah mengaku ada kalanya dia terpaksa mengambil cuti ketika jatuh sakit kerana menghidu bau sampah busuk setiap hari. Meskipun begitu, dia tekad untuk terus bekerja selagi kudratnya masih kuat demi menyara hidup anak-anaknya.

Sampah
sumber: sinar harian

Mustapa Saleh, 53, menjadikan kerja pengutip sampah ini sebagai pekerjaan tetapnya bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang, setiap hari.

Baru bermula bekerja sejak 5 tahun lalu, Mustapa yang juga seorang bapa tunggal sebelum ini bekerja sebagai pemandu motosikal di Rantau Panjang namun terpaksa berhenti kerana masalah sakit di dalam perut sejak 10 tahun lalu.

Disebabkan itu, Mustapa mengaku tidak menghiraukan bau sampah demi menampung perbelanjaan harian.

Jika saya kerja lebih masa, saya dapat kumpul RM25 sehari. Itu sahajalah rezeki saya demi sesuap nasi,” katanya.

Kadang kala kita lupa untuk bersyukur. Namun, jika dibandingkan kehidupan anda dengan mereka ini, adakah anda rasa kehidupan anda sangat susah?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.