Pencuri Gigih Cuba Pecahkan Tabung Masjid, Ditertawakan Selepas Gagal Dapat Habuan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pada zaman sekarang, orang ramai yang terdesak memerlukan wang mula mencari pelbagai cara untuk mendapatkan kesenangan dengan pantas. Golongan ini juga sudah mula berani mencuri di rumah-rumah ibadat.

Tidak dapat disangkal bahawa kejadian memecah tabung di masjid sudah menjadi antara perkara biasa yang didengar terutamanya di media sosial. Kebanyakan kejadian seperti ini, pencuri biasanya berjaya melarikan sejumlah wang yang ada.

Namun begitu, menurut Malaysian Digest, baru-baru ini, seorang pencuri dengan gigih cuba memecahkan tabung masjid tetapi gagal. Perbuatan terkutuk ini telah dirakam sepenuhnya di dalam kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di dalam Masjid Jamek Sungai Puyu, Pulau Pinang, malam semalam.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Video rakaman CCTV insiden tersebut telah didedah dan disebarkan di Facebook yang mendapat perhatian ramai bukan setakat kerana gelagat pencuri yang melucukan, tetapi kerana ulasan diberikan ahli jawatankuasa (AJK) masjid bak pengulas profesional.

Di dalam video rakaman berdurasi tiga minit itu, kelihatan seorang lelaki bersungguh-sungguh mencuba pelbagai cara untuk memecahkan tabung masjid tersebut. Pelbagai gaya dan alatan digunakan oleh pencuri berkenaan yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20 tahun.

“Mamat ni tengah operasi sorang-sorang. Dia ingat orang masjid takde akal agaknya nak letak peti macam tu je. Bawak bom pun belum tentu lagi dapat pecahkan.”

Sumber: Facebook

AJK masjid tersebut meminta penonton untuk melihat gelagat pencuri tersebut yang gigih memecahkan tabung masjid dan memerli lelaki itu kerana tidak berjaya mendapat habuan daripada cubaannya untuk memecahkan tabung berkenaan.

Adoi… Harap pihak masjid dah laporkan pada pihak polis.



Baca: Berang Tak Dapat Curi Tabung Surau, Pencuri Bakar Buku Agama Dan Selerakkan al-Quran Dalam Surau

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.