Pencuri Gay ‘Blowjob’ Lelaki Mabuk Kerana Tertarik Dengan Wajah Kacak Sebelum Merompaknya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Seorang lelaki tidak menyangka malang datang bertimpa-timpa kepadanya dalam satu malam. Akibat mabuk selepas meneguk minuman keras berlebihan, dia pengsan pada salah sebuah bangku awam yang terletak di Guang Xi, Bandar Liuzhou, China.

Sumber: WOB

Namun sebaik sahaja dia sedar dari lenanya, dia mendapati barang berharga miliknya sudah hilang dicuri orang. Pun begitu, bukan perkara itu saja yang mengejutkannya.

Menurut World of Buzz, lelaki yang bernama Ah Jun ini terjaga pada kira-kira jam 5 pagi hari Ahad lepas dalam keadaan terpinga-pinga apabila selain menyedari barangannya hilang, tali pinggang seluarnya juga dalam keadaan longgar. Aik apa hal pulak ni??



Terkejut dengan apa yang berlaku ke atas dirinya, Ah Jun bertindak untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan meminta untuk melihat rakaman CCTV di kawasan kejadian.

Sumber: WOB

Susulan laporan dan permintaan Ah Jun berkaitan kes tersebut, pihak polis berusaha mendapatkan rakaman CCTV di kawasan awam itu. Apabila rakaman tersebut ditayangkan, jelas kelihatan Ah Jun yang dalam keadaan mabuk tertidur di salah satu bangku awam di tempat kejadian.

Dia tidur keseorangan di situ sehinggalah pada jam 4.30 pagi, seorang lelaki datang mendekatinya. Jeng, jeng, jeng! 

Lelaki tersebut melihat ke kiri dan kanan seakan-akan memastikan tiada sesiapa di kawasan tersebut sebelum dia menjalankan ‘aktiviti’ sulitnya. Tidak disangka-sangka, suspek telah membuka tali pinggang seluar Ah Jun dan melakukan blowjob dan handjob ke atas dirinya. Gila betul!

Sumber: WOB

Semasa mencabul mangsa, suspek terlihat telefon pintar milik Ah Jun terjatuh ke lantai dan mengutipnya sebelum meneruskan kegiatannya itu lagi. Setelah lebih 15 minit berlalu, lelaki tersebut menyeluk poket Ah Jun dan mencuri telefon dan dompetnya. Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian.



Rakaman video aksi tersebut tular di aplikasi WeChat dan pihak polis mula memburu lelaki tersebut. Suspek akhirnya tertangkap di sebuah hotel yang terletak lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 20an memberitahu polis bahawa dia seorang gay dan tertarik dengan rupa Ah Jun yang kacak ketika sedang tidur di bangku itu. Ehem mesti handsome habis Ah Jun ni sampai geng kunyit minat dia! 

Sumber: WOB

Tidak puas dengan hanya mencabul Ah Jun, suspek juga mencuri harta milik mangsa dan wang bernilai 600 yuan (RM385) dari dompetnya. Walau bagaimanapun, oleh sebab kekacakan wajah Ah Jun suspek melemparkan dompet mangsa dan menyimpan kad pengenalan lelaki itu. Buat koleksi lah tu! 

Itulah siapa suruh mabuk-mabuk lagi. Kan dah terkena! 

Baca: Suspek Kes Cabul dan Liwat Pelajar Sekolah Bunuh Diri Selepas Mangsa Buat Laporan Polis



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!