Pemohon MyKad Dakwa Kena Ikrar Undi BN, Jika Ingkar Permohonan Dibatalkan. Betul Ke?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ura-ura mengenai pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi kuat kedengaran selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa perkara tersebut bakal berlangsung selepas Tahun Baru Cina tahun hadapan.

Dengan itu, muncullah pelbagai gosip politik yang tidak kurang hebatnya seperti gosip hiburan yang bertebaran di media sosial. Antara yang terbaru ialah kecoh isu ‘ikrar’ pemohon MyKad yang diwajibkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN), lapor Malaysian Digest.

Sumber: Facebook

Semuanya bermula dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (DAP-Teratai), Tan Way Keng yang dikatakan memuat naik entri berkaitan borang palsu tersebut.



Tang Way Keng menulis,

“Kerajaan BN Pusat beli undi dengan memberi MyKad – Kewarganegaraan Malaysia?” 

Sumber: Facebook

Borang ikrar yang tertera tulisan ‘Borang Permohonan Khas Kad Pengenalan’ telah didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan lafaz janji pemohon untuk mengundi parti BN pada pilihan raya akan datang dan sekiranya mereka ingkar, kad pengenalan pemohon akan dibatalkan. 

Susulan daripada tularnya borang tersebut, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin melalui Twitter mendakwa bahawa perbuatan tersebut adalah daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Twitter

Malah penganalisis politik, Lim Sian See juga menyelar tindakan YB Tiew yang dikatakan menjadi punca kepada penyebaran borang palsu tersebut di Facebook.



“Kita semua tahu bahawa borang ini adalah palsu, tapi nampaknya seperti YB Tiew tidak pedulikannya – asalkan pengundinya tertipu dan terpedaya.

“Seseorang perlu membuat laporan polis terhadapnya. (Sebagai) Adun, (mereka) tidak boleh menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat palsu kononnya ia “borang” kerajaan,” katanya pada Ahad lalu.

Namun persoalan sama ada benar atau tidak borang ini wujud akhirnya dijawab JPN semalam melalui kenyataan mereka di laman Facebook rasmi.

“Dimaklumkan bahawa dokumen yang disebar seperti di bawah adalah PALSU dan dokumen tersebut TIDAK dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” jelas JPN.

Sumber: Facebook

Sementara itu, rata-rata netizen memberi komen atas penelitian mereka bahawa terdapat beberapa ciri yang menunjukkan borang tersebut merupakan borang palsu kerana terdapat kesalahan ejaan yang tidak munasabah bagi sebuah borang rasmi yang dikeluarkan kerajaan.



Sebagai contoh perkataan tempat yang dieja “temapt” dan ingkar yang dieja “inkar”. Nak menipu pun periksalah dulu ejaan ye? Kan dah kantoi! 

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, tinjauan di Facebook YB Tiew mendapati entri tersebut sudah dipadam dan orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menyebarkan maklumat. Periksa dahulu sama ada informasi tersebut sahih sebelum tular kepada orang lain.

Jangan cepat teruja sangat nak sebar maklumat. Nanti tak pasal-pasal masuk jel sebab tular info palsu. Hati-hati ye!

Baca: Elaun Perjalanan Pulang ke Kampung Halaman Untuk Mengundi Dianggap Rasuah – SPRM

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!