Peminat Pengsan dan Terpaksa Ditenangkan Kerana Terlalu Teruja Dapat Berjumpa Aiman Tino

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Nama penyanyi muda Aiman Tino tidak asing lagi di negara kita dan kini remaja itu sudah mula menembusi pasaran Indonesia pula. Baru-baru ini, Aiman berkongsi kisah yang tidak dapat dilupakannya sewaktu mempromosikan lagu di Indonesia.

Menurut mStar, Aiman menceritakan bahawa ada peminat tiba-tiba jatuh dan pengsan ketika melihat kelibatnya. Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu juga memberitahu bahawa peminat tersebut malah terpaksa ditenangkan oleh kru yang berada di lokasi. Wah sampai macam tu sekali!

Sumber: Instagram

“Mujurlah, beberapa minit kemudian peminat perempuan tersebut sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Apa yang buat saya lebih terharu ialah peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan saya.”



Sumber: Instagram

Bukan itu sahaja, ada lagi kisah peminat yang dikongsikan oleh Aiman. Terbang ke Indonesia selama lima hari bagi mempromosikan single ‘Ku Rela Dibenci’ bermula 24 Oktober lalu, Aiman mendapat tahu ada peminat yang naik bas hampir empat jam semata-mata untuk berjumpa dan sanggup menunggu di luar konti!

Sumber: Instagram

Peminat yang terlihat fotonya di laman Instagram stesen radio berkenaan tidak membuang masa selepas mendapat tahu maklumat tersebut dan terus menaiki pengangkutan awam untuk ke lokasi.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat di Indonesia dan harap mereka akan terus menyokong karier nyanyian saya di sana,” kata Aiman.

Sumber: mStar

Terbaru, Aiman dan kakaknya telah melancarkan lagu duet terbaru mereka berjudul ‘Terasa Cinta’ yang dicipta oleh ACK serta Riena dan telah mendapat lebih 600,000 tontonan di Youtube!

Sumber: mStar

Memang dahsyat penangan Aiman Tino, sampai pengsan dibuatnya ye!



Baca: Aiman Tino Terkejut Didakwa Kena Tangkap Khalwat Bersama Gadis Dalam Kereta

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.