in

Peminat K-pop Confirm Suka! Anda Kini Boleh Sewa ‘Oppa’ Sebagai Tour Guide

Pageoppa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara Korea merupakan antara destinasi pilihan orang ramai untuk pergi bercuti dek kerana pemandangan yang cantik di beberapa tempat di situ termasuklah pelbagai barangan penjagaan kulit serta kosmetik yang dijual dengan harga yang lebih murah.


Selain itu, kebanyakan pelancong yang ke negara Korea Selatan merupakan peminat Kpop dan K-Drama yang ingin ke sana untuk ke tempat menarik yang telah mereka tonton di dalam drama.

Oppa1
sumber: facebook

Bagi peminat Kpop dan merancang ingin ke Korea, korang kini beruntung kerana terdapat sebuah website yang menawarkan khidmat tour guide dengan sedikit kelainan daripada agensi pelancongan yang lain.

Oh My Oppa, membolehkan korang memilih Oppa pilihan sendiri untuk tunjukkan kawasan sekitar Korea sewaktu travel ke sana. Mereka menjanjikan Oppa Korea ini sebagai teman travel yang memahami budaya, tradisi dan sejarah negara Korea.

Oppa2
sumber: oh my oppa

Menyediakan lapan orang Oppa untuk dipilih, bayaran yang dikenakan adalah mengikut jam iaitu 40,000 Won (kira-kira RM145) selama dua jam untuk bersiar-siar, dan tiga jam untuk K-Beauty Trip serta 200,000 Won (kira-kira RM725) selama 10 jam untuk Ski Trip.

Oppa3
sumber: oh my oppa
Oppa4
sumber: oh my oppa
Oppa5
sumber: oh my oppa

Namun, bayaran yang dikenakan tidak termasuk bayaran makan, tiket dan bayaran lain. Ditubuhkan pada tahun 2017, Oh My Oppa mula mencuri perhatian dengan menggunakan peluang yang ada bagi menarik para pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Sekiranya korang ingin menggunakan perkhidmatan ini, korang kena ikut waktu available yang tertera di setiap profile mereka serta perancangan perjalanan yang telah disediakan. Setiap profile ini juga menunjukkan bahasa yang mereka boleh gunakan bagi memudahkan korang nak berkomunikasi nanti.

Oppa8 1
sumber: oh my oppa
Oppa7
sumber: oh my oppa
Oppa10
sumber: oh my oppa

So, sekiranya korang mempunyai rancangan untuk ke Korea, bolehlah guna perkhidmatan mereka sebagai tour guide sambil-sambil cuci mata korang tengok pemandangan, boleh curi-curi usha Oppa tu. ?

Kreatiflah dorang ni!

Baca: Korang Peminat Kpop? Mesti Dah Biasa Dengan 5 Situasi Ni…

Kpop1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.