in

Pemilik Restoran Beri Sarapan Percuma Untuk Askar, Warga Emas dan Pekerja Sapu Sampah Sejak 2015

Featured Restoran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang sekali kita dapat lihat di negara kita, sebuah perniagaan yang memberikan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Ini berbeza dengan situasi di sebuah restoran yang terletak di China, di mana pemilik restoran itu memberikan sarapan percuma kepada askar, warga emas dan pekerja sapu sampah. Baiknyaaaa!


Restoran 3 E1508572849593
sumber: shanghaiist

Menurut Shanghaiist, pemilik restoran berkenaan, Sun Zhiwen, telah melakukan kerja amal itu sejak hari pertama perniagaannya iaitu pada tahun 2015.

Restoran 2 E1508573726590
sumber: shanghaiist

Restorannya, Loving Heart Tofu, mempunyai sebuah papan tanda besar berwarna merah dengan tulisannya,

“Makanan percuma untuk pekerja sampu sampah, askar dan warga emas berumur lebih daripada 70 tahun.”

Menurut Sun, dia telah memberikan sebanyak 20,000 sarapan percuma selama dua tahun.

“Kerja sampu sampah ni sangat susah, terutamanya pada musim sejuk. Mereka perlu bangun awal dan lakukan kerja mereka hingga waktu tengah hari”

“Saya boleh sediakan sarapan terbaik untuk mereka ketika mereka berehat”

Menurutnya lagi, dia berasal dari keluarga yang susah. Dia dapat banyak pertolongan dari orang luar selama ini, sehinggakan dia berjaya membuka restoran. Baginya, ini adalah cara yang terbaik untuk membalas semula budi baik mereka selama ini dan dia akan lakukan apa sahaja yang dia mampu sebagai tanda terima kasihnya.

Restoran 4 E1508574380677
sumber: shanghaiist

“Saya hanya peniaga biasa. Tak kisah berapa banyak duit yang saya peroleh. Saya akan tetap lakukan kerja amal ini kerana saya mahu mereka turut rasa apa yang saya rasa selama ini”

Restoran 1 E1508574322748
sumber: shanghaiist

Baginya, inilah satu-satunya cara untuk dia membantu orang yang susah, sama seperti orang lain yang membantunya pada waktu dulu. Sun juga akan membuka cawangan lain selepas ini.

Baiknyaa.. Harap Sun sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat dicontohi oleh orang lain di luar sana 🙂

Baca: Lelaki Kerja 12 Jam Sehari Selama 7 Tahun Berturut-turut Tapi Tidak Dibayar OT, Saman Bos dan Terima Pampasan RM450,000

Ot Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.