in

Pemilik Homestay Ipoh Pasang CCTV Dalam Tandas , Rakam Aksi Tetamu Bogel Ketika Mandi

Homestay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ipoh merupakan salah satu destinasi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong dari luar negara. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak pasti akan mencalarkan imej negeri itu serta perniagaan homestay yang lain.


Menurut New Straits Times, seorang pemilik homestay di Ipoh telah ditangkap kerana merakamkan aksi tetamu ketika mandi dalam keadaan bogel tiga tahun lalu.

Homestay1
sumber: nst

Tertuduh, Lim Lai Heng merupakan pemilik Ipoh Garden Homestay yang terletak di Nombor 31, Jalan Pekeliling Tasek, Canning Garden dan telah didakwa tiga kali kerana mengaibkan kehormatan lapan sekeluarga yang berusia antara 17 dan 53 tahun. 

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam pada 27 Julai 2014.

Lelaki berusia 45 tahun itu mengaku bersalah meletakkan kamera CCTV di bilik air tingkat atas rumah berkenaan untuk merakam aksi tetamu ketika mandi.

Homestay6
sumber: cctv camera

Berikutan itu, Lim didenda RM4,000 bagi tuduhan pertama dan kedua serta RM2,000 bagi tuduhan ketiga yang membabitkan dua mangsa. Menurut Malaysian Digest, mahkamah turut memerintahkan ahli perniagaan itu dipenjara 18 bulan jika gagal bayar denda. Tertuduh bagaimanapun dilaporkan telah membayar denda yang dikenakan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid berkata, ahli perniagaan berkenaan didakwa atas pertuduhan itu pada 1 Oktober 2014 di Mahkamah Majistret Ipoh sebelum dilepaskan dan dibebaskan pada 25 November 2016.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana ia mengaibkan kehormatan mangsa selain memberi kesan kepada industri inap desa.”

Harap-harap lepas ni dia tak buat perniagaan homestay dah!

Baca: Ahli Akademik Ditangkap Rakam Video Bawah Skirt Lebih 71 Wanita, Letak Kamera Kecil di Kasut

Pervert 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.