in

Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki Selepas Wanita Vietnam Menuduh Dicabul Olehnya di Georgetown

Uber Kena Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki Selepas Wanita Vietnam Menuduh Dicabul Olehnya di Georgetown
Loading
/

Sekali lagi isu mengenai perkhidmatan Uber tular apabila seorang pemandu didakwa mencabul wanita warga Vietnam kira-kira jam 3.50 petang dekat Lintang Paya Terubong, Pulau Pinang semalam.


Menurut The Star, penumpang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an mendakwa sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta, pemandu Uber tersebut terus membuka zip seluar dan menayangkan kemaluannya. Euwww!

Mangsa yang terkejut dengan apa yang berlaku terus keluar dari kenderaan tersebut dan menjerit meminta pertolongan.

Pun begitu, keadaan menjadi lebih buruk apabila mangsa menghubungi suaminya yang kebetulan berada sekitar tempat kejadian dan kemudian datang bersama 10 orang lelaki lain.

Mereka berjaya mengesan pemandu tersebut dan kumpulan itu telah memukul suspek dan merosakkan kenderaannya.

18952529 485422491797427 6163792837711487629 N
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar, mangsa mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki kiri serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, kisah yang tular di media sosial lain pula ceritanya…

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, sumber memberitahu bahawa pemandu Uber tersebut merupakan abang iparnya sendiri dan suspek telah dianiaya mangsa. Eh, biar betul ni??

18892931 485422615130748 4737532425299183828 N
sumber: facebook

Suspek yang dikenali sebagai Sukri Ramli bekerja sebagai pemandu Uber separuh masa telah mendapat panggilan dari mangsa yang mahu diambil di Paya Terubong. Setelah mangsa menaiki kereta, kenderaannya tiba-tiba ditahan oleh lebih kurang 20 lelaki yang dua daripada mereka bersenjatakan kayu besbol.

Bingung dengan apa yang berlaku, Sukri turun dari kereta untuk bertanya kesalahan apa yang telah dilakukannya. Walau bagaimanapun, belum sempat Sukri menyoal, dia dihentam beramai-ramai oleh kumpulan tersebut.

Capture 20170608 112708
sumber: facebook
Capture 20170608 112832
sumber: facebook

Dia kemudian diberitahu bahawa dia telah melakukan gangguan seksual terhadap wanita tersebut dan mangsa mempunyai bukti rakaman video mengenainya.

Namun apabila mangsa diminta menunjukkan rakaman tersebut, wanita itu mengaku tidak mempunyainya pula. Pulak dah! Kejap ada, kejap tak ada…

Pun begitu, sumber memberitahu bahawa suspek akhirnya diselamatkan oleh seorang anggota polis yang kemudian meleraikan pergaduhan. Sumber juga mengatakan orang awam tidak mengetahui hal sebenar mengenai kes ini dan mereka diminta merujuk kepadanya dulu sebelum membuat apa-apa tuduhan.

Sungguhpun begitu, suspek telah ditahan polis dan kes tersebut akan disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, lapor Malay Mail.

Rata-rata pengguna Facebook di perkongsian tersebut mahu kes ini disiasat dengan adil dan ada juga mengaitkannya dengan isu perkauman. Pun begitu tidak semua menyokongnya dan memohon untuk tidak melibatkan mana-mana kaum di dalam pergaduhan ini.

Uber 1
sumber: facebook

Dikemaskini: Tiga lelaki termasuk suami mangsa kini ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. 

Takkan semua kes nak libatkan dengan isu perkauman? Mungkin kita perlu melihat isu ini dari sisi natural. Biar polis jalankan siasatan mereka. Komen yang murni-murni saja, okay? 

Tonton video di bawah:

Baca: Akibat Berebut Parkir Di Bazar Ramadan Langkawi, Wanita Berang Hingga Bersikap Kurang Ajar

Mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.