Pemandu Teksi Ugut Penumpang Tidur Bersama Sebagai Ganti Tambang RM400

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Makin hari makin buruk reputasi pemandu teksi di negara ini disebabkan pelbagai kes dan salah satunya adalah kes terbaru yang menimpa individu malang ini!

Menurut FMT, seorang wanita yang baru tiba di KLIA2 pada 6 Oktober lalu telah menjadi mangsa pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan wanita berusia 52 tahun itu mahu memesan perkhidmatan Grab namun telah dipujuk oleh seorang pemandu teksi untuk menggunakan perkhidmatannya pula.



Gambar hiasan

Menurut pemandu lelaki itu, tambang akan menjadi murah jika wanita berkenaan menaiki teksi daripada perkhidmatan Grab memandangkan teksinya dilengkapi meter harga.

Mangsa kemudian mempercayainya dan terus menggunakan perkhidmatan teksi. Namun, ketika perjalanan bermula, pemandu itu dikatakan menutup meter dengan sehelai kain.

Saya tanya dia kenapa tutup meter? Dia asyik mengelak topik itu untuk mengalihkan perhatian saya.”

Gambar hiasan

Ketika sampai rumah wanita itu di Seksyen 10, Wangsa Maju, pemandu teksi tersebut dengan selambanya mengenakan caj sebanyak RM400 untuk perjalanan tersebut! Mahal gila RM400 untuk jarak perjalanan 76km!

Sudah semestinya tambang itu sangat berlebihan dan wanita berkenaan hanya mampu membayar RM100. Pemandu teksi itu kemudian meminta nombor telefon dan menyuruh wanita tersebut untuk memasukkan baki ke dalam akaun banknya, atau dia tidak akan benarkan mangsa keluar daripada teksi.

“Saya terpaksa memberi nombor telefon saya kepadanya. Petang itu, dia menelefon saya dan tanya kenapa tidak masukkan wang.



“Malah, dia ugut akan menyiarkan gambar saya dalam laman media sosial dengan melabelkan saya penipu. Dia juga bergurau jika tiada wang boleh tidur dengannya untuk menggantikan hutang itu.”

Wanita itu turut mendakwa dihubungi pemandu teksi tersebut sebanyak 7 kali untuk meminta baki tambang dan mengugutnya. Tidak tahan dengan gangguan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada hari yang sama.

Gambar hiasan

Dah sampai masa pihak berkuasa ambil tindakan yang lebih serius terhadap pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab dan beretika seperti ini. Memburukkan nama pemandu teksi yang lain je!

Baca: Pemandu Teksi Cekik Darah, Paw Pelanggan Sebanyak RM950 Untuk 10KM!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!