in

Pemandu Teksi Caj Penumpang RM6,000 Untuk 7KM!

Taxi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini, makin banyak berita buruk yang kita terima melibatkan pemandu teksi, lebih-lebih lagi yang berkaitan tentang tambang. Sebelum ini pernah tular kisah di mana pemandu teksi memaksa pelanggannya membayar RM950 bagi jarak kurang daripada 10 kilometer. Baru sahaja nak melupakan kisah itu, terjadi lagi kejadian yang sama. Pulak dah!


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang pada hari Khamis yang lepas, seorang penumpang lelaki warganegara luar telah diugut untuk membayar tambang teksi sebanyak RM6,000 bagi perjalanan yang hanya sejauh tujuh kilometer.

1
gambar hiasan

Menurut Hmetro, mangsa yang berusia 41 tahun itu mahu menggunakan perkhidmatan teksi bagi perjalanan dari Jalan San Peng ke Sunway putra Mall. Difahamkan mangsa yang berwarganegara Bangladesh pada waktu itu bersendirian menahan teksi model Proton Persona yang dipandu oleh lelaki berusia lingkungan 40-an untuk ke lokasi yang diminta.

Ketika dalam perjalanan ke destinasi tersebut, mangsa telah bertanyakan kepada pemandu teksi tentang jumlah tambang yang perlu dibayar kepadanya selepas mendapati bahawa teksi itu tidak menggunakan meter tambang seperti yang telah diwajibkan.

4
gambar hiasan

Kata mangsa, soalan itu menyebabkan pemandu teksi tersebut marah dan memaklumkan tambang keseluruhan yang perlu dibayar olehnya adalah sebanyak RM6,000. Mahalnyaaa! Tak logik langsung!

Akibat terkejut dengan jumlah yang langsung tidak masuk akal itu, mangsa yang juga merupakan ahli perniagaan telah mempersoalkan tentang harga tambang tersebut sebelum meminta pemandu teksi terbabit untuk memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

Berang dengan permintaan yang diminta oleh pelanggannya itu, lalu pemandu teksi tersebut mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut mangsa supaya membayar kepadanya kira-kira RM4,500 atau mangsa akan dicederakan. Eh dah buat salah, nak ugut pulak?

2
gambar hiasan

Tambah mangsa, dek kerana ketakutan dengan ugutan pemandu teksi tersebut, dia terus menyerahkan bayaran tambang RM3,900 sebelum dibenarkan keluar dari teksi berkenaan.

Selepas sahaja kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi bagi tindakan lanjut.

Difahamkan, kejadian ini adalah kali pertama berlaku terhadap mangsa sepanjang dia menetap di negara ini sejak beberapa tahun lalu. Kejadian ini menyebabkan mangsa trauma untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.

Menurut Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, siasatan masih lagi giat dilakukan bagi menjejaki suspek.

Senang betul dia nak buat duit.. Bagi pengguna pengangkutan awam, hati-hati ya lepas ni!

Baca: Pemandu Teksi Kantoi Lalok, Simpan Ganja dan Peralatan Dalam Teksi

Baruteksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.