Pemandu Grab Mencabul Gadis 21 Tahun yang Tertidur Di Dalam Kereta, Dipenjara 16 Bulan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Aplikasi Grab kini rata-ratanya menjadi tumpuan orang ramai. Tidak dapat dinafikan, permintaan pelanggan bagi menggunakan perkhidmatan ini amat tinggi. Selain memudahkan perjalanan pergi dan balik, ia juga boleh dikatakan agak berbaloi kerana sering diberikan promo bagi menggalakkan lagi penggunaan aplikasi ini.

Tetapi baru-baru ini, tular satu kejadian di mana pemandu Grab di Singapura telah mencabul pelanggannya ketika menghantarnya ke destinasi yang ingin dituju. Ish beraninya!

Gambar hiasan

Menurut The Star, seorang gadis berusia 21 tahun telah tertidur ketika di dalam kereta Grab dek kerana kepenatan menghadiri kelas sepanjang hari, dan ditambah pula baru meminum minuman beralkohol. Dikatakan, pemandu Grab tersebut tidak mengejutnya apabila sudah sampai ke destinasi, tetapi mengambil kesempatan itu untuk ‘merasai’ tubuh gadis tersebut.



Pemandu Grab berkenaan, Ng Seng Chye yang berusia 64 tahun telah mencium gadis itu, meraba dadanya, memasukkan tangan ke dalam seluar gadis itu dan yang menjijikkan lagi, dia turut memaksa gadis itu untuk ‘menyentuhnya’. Euwwww!

Gambar hiasan

Gadis tersebut hanya tersedar setelah dia terasa bahawa badannya dihimpap seseorang dan diraba.

Akibat terkejut dengan situasi itu, gadis tersebut lantas membayar 20 dollar dan terus meninggalkan kenderaan berkenaan. Gadis itu turut tertinggal telefon bimbit dan beg kasutnya.

“Perjalanan ini hanya mengambil masa dalam 20 minit, tetapi kerana perbuatan pemandu Grab itu, perjalanan ini mengambil masa hampir 90 minit, kerana tidak mengejut pelanggannya apabila sudah sampai,” Menurut kata Pendakwa Raya, Sruthi Boppana.

Akibat daripada kejadian ini, gadis tersebut mengalami kemurungan dan risau kerana tertanya-tanya apa lagi yang dilakukan oleh pemandu tersebut kepada dirinya. Dengan bantuan ibunya, gadis itu berjaya membuat laporan polis dan dia turut menghubungi talian bantuan Grab bagi mendapatkan semula barang yang tertinggal di dalam kereta tersebut.

Sumber: The Star

Menurut gadis malang itu, dikatakan pada malam kejadian, dia penat seharian menghadiri kelas dan perlawaan futsal.

Kemudiannya, pada jam 4:30 pagi, dia telah menempah Grab dan hanya sedar sudah tiba di rumahnya pada jam 6 pagi.

Gambar hiasan

Katanya lagi, kejadian tersebut berlaku betul-betul di hadapan rumahnya dan pada waktu itu Ng sedang duduk bersebelahan dengannya di tempat duduk belakang. Pada waktu itu, Ng sedang bersandar pada badannya dan sedang menggosok pehanya serta meraba badannya. 

Dikatakan, Ng hanya mengaku bersalah apabila gadis itu membawa saksi bagi kejadian itu dan Ng dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 bulan.

Tidak kira di mana kita dan macam mana pun situasi kita pada waktu itu, jangan sesekali leka dan mudah mempercayai seseorang. Sentiasa berhati-hati kerana ‘mereka’ ni panjang akalnya.



Baca: Penerima Anugerah Pemandu Contoh Grab Ditembak Mati Oleh Penumpang Sebelum Kereta Dicuri

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.