in

Pemandu Grab Bantu Wanita Untuk Sampai Hospital Sebelum Anak Hembus Nafas Terakhir

G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pasti faham bagaimana perasaan terburu-buru dan perlu sampai di sesuatu destinasi dalam masa yang singkat. Apatah lagi ianya adalah disebabkan sesuatu perkara yang sangat mustahak.


Seorang wanita dari Filipina, Anica Velarde Espinosa berkongsi kisah menyentuh perasaan di Facebook tentang seorang pemandu Grab.

Grab1
sumber: facebook

Anak lelakinya, Sean menghidap leukemia dan dimasukkan ke hospital. Pada hari kejadian, Anica baru sahaja tiba di rumahnya di Cainta selepas pulang dari hospital. Dia kemudian menerima panggilan daripada jururawat yang menjaga Sean memberitahu bahawa kadar pernafasan anaknya itu mula menurun.

Mendengar berita itu, Anica tahu bahawa anak kesayangannya sudah tidak mempunyai banyak masa. Dia yang masih di dalam kereta Grab pada ketika itu terus menghubungi hospital tanpa henti untuk bertanya jika dia sempat sampai sebelum terlambat.

Jururawat yang bertugas memberitahu Anica bahawa dia hanya mempunyai 45 minit sebelum anaknya pergi buat selamanya.

Saya hubungi hospital tanpa henti dan bertanya jika saya sempat berjumpa Sean sebelum dia pergi. Jika tidak, saya meminta mereka untuk merakamkan video ketika Sean menghembuskan nafasnya yang terakhir,” kata Anica.

Pemandu Grab berkenaan, Grape Rufon Fernandez terdengar perbualan itu dan terus memecut laju demi Anica yang mahu melihat Sean di saat-saat akhir hayatnya.

G1
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, Fernandez malah memberi isyarat lampu kecemasan supaya pengguna jalan raya yang lain tahu mereka dalam kecemasan dan memberi laluan.

Mereka kemudian berjaya sampai ke hospital yang terletak di Banawe, bandar Quezon dalam masa 32 minit dan Anica sempat mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya. Terima kasih kepada Fernandez!

Selepas kejadian, Anica memuat naik status dan meminta orang ramai untuk share dengan niat Fernandez akan terjumpa dan baca status berkenaan.

Bersama-sama status itu, dia turut muat naik screenshot gambar rating di aplikasi Grab menunjukkan lima bintang rating yang dia berikan kepada lelaki itu.

A1 2
sumber: facebook

Akhirnya, mereka berjumpa ketika upacara pengebumian Sean dan Anica tidak melepaskan peluang berterima kasih di atas budi baik Fernandez.

G2
sumber: facebook
Grab3
sumber: facebook

Saya berharap akan ada lebih ramai orang seperti anda,” kata Anica kepada Fernandez.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.