in

Pemandu Grab Baik Hati Tolak Bayaran Dan Beri Wang Kepada Penumpang Dalam Kesusahan

Fi Grab 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini bukan senang untuk mencari orang yang baik. Terutama sekali dalam kalangan pemandu Grab. Bukan apa, sejak kebelakangan ini banyak pula kisah negatif yang membabitkan pemandu Grab.


Namun begitu, menurut Stomp, baru-baru ini seorang pemandu Grab telah dipuji oleh seorang penumpang kerana telah membantunya tatkala dalam kesusahan. Menurut laman sesawang tersebut, seorang pemandu Grab telah menolak bayaran serta menghulurkan wang kepada penumpang itu selepas mendengar kisah hidupnya.

Difahamkan pemandu Grab bernama Grace itu telah berbuat demikian selepas mengambil penumpangnya bernama Jaasrena di North Bridge Road, Singapura.

Grab3
sumber: stomp

Kisah ini telah dikongsikan oleh Jaasrena sendiri yang amat berterima kasih dan terkejut kerana masih ada orang yang baik sanggup membantunya meskipun tidak mengenali antara satu sama lain.

Jaasrena memberitahu bahawa pada hari tersebut, dia berada dalam keadaan tertekan dan sedang bergegas untuk ke kursus komputer daripada mahkamah tempat anaknya dijatuhkan hukuman. Kursus komputer yang ingin dihadirinya adalah penting untuk dihadiri kerana akan mempertingkatkan lagi peluang untuknya diambil bekerja.

Grab4
gambar hiasan

Kebetulan, dia tidak mempunyai wang dan meminta Grace untuk memandunya ke rumah saudara yang akan membayarkan tambang perjalanannya. Sewaktu berada di dalam kereta, Grace turut bertanyakan sekiranya dia sudah makan dan Jaasrena memberitahu dia belum makan kerana tidak mempunyai wang. Kesiannya…

Bukan itu sahaja, mereka berdua turut berkongsi kisah hidup masing-masing dan Jaasrena memberitahu bahawa dia merupakan seorang ibu kepada lima orang anak. Walaupun perlu menampung kelima-lima anaknya, malangnya dia tidak mempunyai pekerjaan. Tambahan pula, Jaasrena akui mempunyai dua orang anak yang kini berada di dalam penjara.

Grab5
gambar hiasan

Menurutnya lagi, dia berasa sangat selesa menceritakan kisah hidupnya kepada Grace kerana dia sangat memahami dan mendengar dari awal dengan teliti. Apabila tiba di destinasi, Grace telah menolak bayaran daripadanya. Bukan itu sahaja, dia turut menghulurkan 40SGD, (RM120) kepadanya untuk membeli makanan. Wahhh!

Gunalah duit ini untuk membeli makanan untuk awak dan anak-anak awak.”

Terkejut, Jaasrena tidak berhenti menangis kerana tersentuh dan tidak sangka pemandu Grab tersebut bertindak seperti itu.

Nampaknya masih ramai orang baik kat dunia. Sanggup menolong orang susah, siap bagi duit lagi. Semoga ada lebih ramai orang-orang yang baik hati macam ni.

Baca: “RM20 for ride. RM30 for your kindness” – Sifat Kebaikan Pemandu Grab Malaysia Dipuji Pasangan Singapura

Grab1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.