in

Pelik Minyak Motor Asyik Habis, Lelaki Pasang Jerat Dan Dapat Tahu Rupa-rupanya….

Monyet Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelik Minyak Motor Asyik Habis, Lelaki Pasang Jerat Dan Dapat Tahu Rupa-rupanya....
Loading
/

Minyak petrol adalah satu keperluan penting kepada pemilik kenderaan. Harga minyak yang sering naik membuatkan ada sesetengah pihak mengambil jalan mudah untuk mencuri minyak dari kenderaan orang lain. Namun, baru-baru ini tular tentang kisah bagaimana identiti pencuri minyak motosikal di Panipat, India akhirnya terbongkar!


Menurut Utusan, sekumpulan penunggang sering mengadu minyak motosikal mereka habis setiap kali kenderaan itu diparkir di Insaar Bazaar.

Monyet3
gambar hiasan

Kejadian tersebut dikatakan berlanjutan dan sering terjadi kepada penunggang-penunggang motosikal menyebabkan seorang penunggang mengambil keputusan untuk memasang perangkap bagi menyiasat siapakah pelakunya.

Menurut Harian Metro, pada hari kejadian, lelaki itu telah meletakkan motosikalnya di tempat biasa dan meninggalkannya sebelum bersembunyi di kawasan yang agak jauh untuk mengintai ‘aktiviti’ pencuri tersebut.

Selepas menunggu beberapa ketika, akhirnya kelibat si pelaku itu muncul di kawasan tempat letak motosikal tersebut. Apa yang paling mengejutkan, rupa-rupanya identiti pencuri itu sangat tidak disangka-sangka kerana ternyata kerja jahat tersebut dilakukan oleh seekor monyet!

Melalui rakaman video, monyet itu kemudian dilihat melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin dan terus menyedut petrol itu. Selamba!

Monyet2 1
sumber: youtube

Menurut saksi, Gaurav Leekha yang juga merupakan seorang anggota sukarela di bandar itu, ketika kejadian, monyet berkenaan kelihatan seperti sudah ketagih dengan minyak motosikal dan menolak makanan lain yang dihulurkan seperti pisang atau kacang. Fuh, lain macam monyet ni.

Monyet5
sumber: harian metro

Walau bagaimanapun, monyet itu dikatakan tidak membawa ancaman atau bahaya kepada orang ramai di kawasan tersebut meskipun ia kelihatan mabuk. Terbaru, monyet itu dilaporkan tidak lagi pergi ke arah deretan motosikal di situ kerana dihalau oleh peniaga-peniaga di kawasan berkenaan.

Lain dari yang lain betul monyet ni. Bukan ketagih pisang, boleh pulak dia ketagih minyak petrol! ?

Baca: Dua Lelaki Kantoi Curi Buah Kelapa di Sekolah Agama Diikat di Pokok Sebagai Hukuman

Monyet8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.