in

“Pelik kenapa orang tekan unlike…” – Aliff Syukri Hairan Terima 25,000 Unlike Video YouTube

Catshhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Pelik kenapa orang tekan unlike..." - Aliff Syukri Hairan Terima 25,000 Unlike Video YouTube
Loading
/

Sebelum ini, Dato’ Aliff sering kali memberitahu bahawa dia dalam proses pembikinan lagu baru bersama Nur Sajat dan netizen memang ternanti-nantikan lagu daripada mereka berdua. Baru-baru ini, Aliff telah pun mendedahkan bahawa lagu pertama nyanyiannya dengan Sajat yang bertajuk Abang Nak Tegur telah pun disiarkan di saluran Youtube.


Tidak sampai satu hari, lagu tersebut telah pun mendapat respon yang kurang sedap daripada netizen. Menurut mereka, suara usahawan kosmetik yang popular dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu tiada bezanya dengan Sajat.

Selain itu, ramai juga yang menyuruh mereka supaya melupakan impian untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai salah satu kerjaya kerana suara mereka tidak sedap untuk didengari. Ouch!

Dengan kritikan yang tidak putus-putus daripada netizen, isteri Aliff turut tampil mempertahankan suaminya dengan mengatakan dia sudah dengar lagu tersebut berkali-kali, dan masih mendapati lagu tersebut sedap untuk didengari.

Walaupun begitu, nampaknya Aliff mungkin masih tidak mengerti bahawa netizen tidak menggemari lagu dan suaranya.  Baru-baru ini, Aliff telah memuat naik entri di Facebook yang mengatakan dia hairan mengapa video lagunya mendapat banyak unlike. Jumlah unlike untuk video tersebut adalah sebanyak 25,000 pada masa itu. Namun, kini telah meningkat naik kepada 68,000 daripada penonton.

Aliff1 1
sumber: youtube

Hal ini jelas membuktikan betapa ramai pendengar yang tidak gemar dengan lagu yang telah didendangkan oleh kedua-dua jutawan kosmetik itu. Hurmmm…

Entri Aliff seperti biasa dibanjiri dengan kecaman daripada netizen yang menjawab pertanyaannya tentang jumlah unlike yang banyak pada video YouTube tersebut. Kebanyakan netizen memberitahu bahawa lagu itu akan menjadi lebih elok sekiranya tiada suara Sajat yang turut menyanyikan lagu tersebut.

Sajat1Blur
sumber: facebook
Sajat2Blur
sumber: facebook
Sahat2
sumber: facebook

Buat masa ini, Aliff tiada memuat naik entri baru menjawab mengenai isu ini. Mungkin Aliff menaikkan entri itu untuk menambahkan jumlah tontonan lagunya di Youtube. Strategi pemasaran la ni kiranya…

Lagu ni bila dengar lama-lama melekat pulak dalam kepala. Apa-apapun, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Mungkin ada yang suka mendengar lagu ini, contohnya macam isteri Aliff sendiri.

Baca: “Dengar banyak kali pun best” – Isteri Aliff Syukri Puji Lagu Nyanyian Suami dan Sajat Sedap

Page1 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.