in

Pelanggan Terkejut Dikenakan Caj 30 Sen Untuk ‘Ikat Tepi’ di Restoran R&R

Ikat Tepi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelanggan Terkejut Dikenakan Caj 30 Sen Untuk 'Ikat Tepi' di Restoran R&R
Loading
/

Semua confirm tahu istilah ‘ikat tepi’ bila bungkus air di kedai. Semestinya ia memudahkan kita untuk minum sambil melakukan sesuatu dengan memegang tali yang diikat pada bungkusan air selain mudah digantungkan di mana mana.


Sejak dari dulu pelanggan tidak perlu membayar caj tambahan jika membungkus air yang diikat tepi.

Ikat Tepi2
sumber: twitter

Namun, baru-baru ini seorang pelanggan telah dikenakan caj RM3.50 apabila dia memesan air limau asam boi di sebuah restoran di hentian R&R.

Ketika menerima resit bayaran, pelanggan itu terus terkejut apabila mendapat tahu dia telah dikenakan caj sebanyak 30 sen untuk servis ikat tepi.

Gambar resit tersebut telah dimuat naik di satu kumpulan Facebook dan menarik perhatian ramai di media sosial.

Ikan Tepi3
sumber: facebook

Netizen kebanyakannya terkejut dan berkata ianya sangat tidak masuk akal untuk mengenakan caj 30 sen hanya untuk seutas tali.

“Tali jenis apa kedai ni gunakan? Tali memancing ke eh?” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, beberapa netizen menganggap ‘ikat tepi’ itu bermaksud air disediakan dalam beg plastik yang lebih besar dan diletakkan di dalam mangkuk seperti gambar di bawah. Cara ini merupakan trend terbaru di kebanyakan kedai mamak.

Ikat Tepi4
sumber: facebook

Sebuah video turut dimuat naik bagi menerangkan dengan terperinci mengenai isu itu.

Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Anita dari ‘Grab&GoStation’ di R&R Awan Besar. Dia menerangkan dan menunjukkan demonstrasi kepada netizen bahawa jumlah air yang dibungkus adalah lebih besar dari yang dipesan untuk diminum di restoran.

Kalau isu macam ni memang kecoh lah kan satu Malaysia. Apa pendapat anda?

Baca: Lelaki Terkejut Dicaj RM13.50 Untuk Semangkuk Bihun Sup di Kepala Batas

Bg1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.