in

Pelanggan Minta Buat Hidangan Majlis Iftar Tapi Makanan Untuk Anak Yatim, Orang Tua Dikurangkan

Featured Katering

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersempena bulan yang mulia ini, sudah pastinya ramai pihak sama ada NGO mahupun badan kerajaan berlumba-lumba ingin mengadakan majlis iftar bersama golongan yang memerlukan.


Namun di sebalik keghairahan menganjurkan majlis berbuka puasa, adakah kita benar-benar mahu meraikan mereka ini atau sekadar untuk bermegah-megah?

Menerusi perkongsian William Cheah, pengasas Kembara Kitchen di laman Facebook, beliau telah mendapat tempahan dari seorang klien yang mahu mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga tua.

13924808 10208135804527582 9069174462418795519 N
sumber: facebook

Pun begitu, tempahan yang diminta pelanggan tersebut telah menimbulkan sedikit ‘kontroversi’.

Berikut apa yang diceritakannya:

“Sebagai seorang katerer, kami pernah mendapat tempahan yang menyedihkan. Baru-baru ini, kami mendapat pertanyaan mengenai tempahan yang agak ‘kontroversi’ dan akhirnya ia terpaksa ditolak walaupun tempahan tersebut agak menguntungkan.”

14581482 180869125702584 6197652229390299334 N
sumber: facebook

Menurutnya, pelanggan tersebut mahu mengadakan majlis iftar untuk 300 orang tetamu yang mana 100 orang darinya merupakan tetamu dari rumah anak yatim dan 20 orang lagi merupakan warga tua. Ia merupakan majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi klien tersebut.

“Apa yang membuatkan kami tidak selesa ialah cara bagaimana mereka mengasing-asingkan makanan,” katanya.

Untuk tetamu ‘biasa’, mereka meminta makanan yang bagus. Daging kambing, ikan, kari ayam, kurma bagi 200 orang tetamu. Namun pembahagian makanan yang satu lagi buat 120 orang tetamu ini, kurang sedikit dari yang tadi.”

Hanya satu jenis daging sahaja dan dua jenis juadah spesifik. Juadahnya pula terpulang kepada kami untuk menentukannya. Dan kurma jenis murah.” 

Siapa yang nak meraikan siapa agaknya ni???

William ada juga bertanya atas sebab apa makanan tersebut dipilih begitu, namun jawapan yang diperolehinya tidak begitu memuaskan. Lalu akhirnya dia memutuskan untuk memberitahu bahawa tempahan mereka sudah penuh untuk tarikh yang diminta.

Namun hal tersebut tetap membuat William tidak senang hati.

“Setiap kali kami mengadakan majlis bagi golongan yang memerlukan, kami merasa sangat bertuah dan berbangga untuk menyediakan makanan tersebut kepada mereka.

19059066 10210971274332555 589674867444906357 N
sumber: facebook

“Tak kiralah sama ada majlis tersebut di jalan-jalan Kuala Lumpur untuk festival jalanan bagi gelandangan atau majlis simple makan-makan bersama anak yatim, sukarelawan kami sangat berbesar hati untuk melayan mereka,” kata William.

19113530 10210971274692564 1702144699398317346 N
sumber: facebook

Malah sukarelawan dari Kembara Kitchen ini juga pernah menggayakan pakaian tradisional masing-masing sambil memasak sate di tengah panas. Baginya itu semua tidak penting. Apa yang penting, mereka melakukan sebuah kerja amal buat golongan yang memerlukan ini.

19148941 10210971274052548 8258922132156919455 N
sumber: facebook

Ia tidak susah dan tidak perlu jadi sesuatu yang payah. Tapi ia seharusnya dilakukan dengan semangat dan tujuan yang betul. Ia bukan untuk bermegah-megah ataupun melakukannya dengan tujuan yang tidak benar.” 

Dengar tu! Nak buat sesuatu kena betulkan niat terlebih dahulu tau…

Sungguhpun begitu, kalau anda berminat untuk menempah makanan dari Kembara Kitchen Katering anda boleh saja hubungi mereka di sini.

17016964 1385402734813541 698354770655263540 O
sumber: facebook

Mereka bakal mengadakan majlis makan malam Raya pada 5 Julai ini di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) buat kanak-kanak, keluarga, guru-guru dan sukarelawan yang terlibat. Berminat? Boleh hubungi William Cheah sendiri berkenaan majlis tersebut.

Mulakan amal kebajikan dengan niat yang betul. Pasti semuanya akan dipermudahkan Tuhan.  

Baca: Lelaki Belanja Semua Warga Bukan Islam Sedang Makan di Kopitiam Kerana Mahu Buat Baik di Bulan Ramadan

Amal Kebajikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.