Pelajar Universiti Raih Pendapatan RM28,000 Sebulan Dengan Menternak Lipas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kebanyakan orang yang anda kenali pasti geli dan takutkan lipas tetapi seorang lelaki muda menjadikan haiwan itu sebagai sumber pendapatannya!

Menurut World of Buzz, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun bernama Tong  mendapat pendapatan lebih kurang 200,000 TWD (lebih kurang RM28,300) sebulan daripada aktiviti menternak dan menjual lipas.

 shocked maya rudolph disgusting disgusted shocking GIF

Perniagaannya itu bermula satu setengah tahun yang lalu ketka dia membeli lipas untuk memberi makan kepada haiwan peliharaannya. Proses membeli lipas pada ketika itu sangat leceh dah menyusahkan buatnya, jadi dia membuat keputusan untuk menternak lipas sendiri, di mana ia juga dapat menjimatkan duitnya.



Lipas ternakannya membiak dengan cepat dan dalam masa enam bulan sahaja, dia sudah berjaya memiliki 30,000 hingga 40,000 lipas. Untung bagi Tong apabila dia berjaya mendapatkan pembeli yang sanggup membeli kesemua lipas itu.

Sumber: China Press

Melalui transaksi itu, pembeli bernama Tse yang juga pakar dalam penternakan lipas dapat mengenali Tong dengan lebih rapat. Dia kemudian membuat keputusan untuk menjadi rakan kongsi Tong untuk membuka ladang ternakan lipas.

Segalanya tidak mudah bagi Tong bagi awal permulaan bisnes itu kerana seperti orang lain, dia juga takutkan lipas. Menurutnya, dia turut mengalami mimpi buruk setiap malam selama sebulan!

Kini, mereka mempunyai lebih 2.7juta lipas daripada berlainan spesis di ladang itu dan Tong memberi makan serta membuat tempat tinggal haiwan itu sendiri. Tong juga berkata bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan kerana kesemua lipasnya itu ‘bersih’.

Sumber: China Press

Seperti yang dijangka, Tong mendapat banyak kritikan dari rakan-rakannya di universiti. Malah, ada yang tidak mahu berkawan dengannya selepas mengetahui pekerjaan yang dilakukan Tong.



Sesetengah rakan juga dikatakan enggan berjabat tangan dengannya. Bagaimanapun, Tong tidak pernah penat untuk menerangkan kepada rakan-rakannya bahawa lipas yang diternak adalah berbeza dari lipas yang mereka sering jumpa di rumah. Bagi membuktikan apa yang dikatakan, Tong turut menjemput rakan-rakannya untuk datang dan membuat lawatan di sekitar ladangnya.

Semoga berjaya dengan bisnes yang dilakukan!  Bayangkan kalau 2.7juta lipas ternakan dia tu terlepas. Gelinyaaaa!

Baca: Pemegang Ijazah Kejuruteraan Gagal Dapat Kerja Tekad Jadi Tukang Cuci Rumah Demi Sara Hidup

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!