in

Pelajar Tingkatan 4 di Melaka Mati Dipukul Dengan Getah Paip Untuk Beri Pengajaran

Hh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelajar Tingkatan 4 di Melaka Mati Dipukul Dengan Getah Paip Untuk Beri Pengajaran
Loading
/

Kes dera dan pukul ibarat isu biasa yang sering terjadi di Malaysia ini. Lebih menyedihkan apabila masyarakat kita seperti sudah terbiasa mengambil gambar atau merakam kejadian tersebut namun tidak tampil menghulurkan bantuan atau menghalangnya berterusan.


Terbaru, sebuah rakaman video seorang budak lelaki berbangsa India dibelasah dengan getah paip telah tular di laman Facebook. Dalam video tersebut, mangsa yang tidak berbaju telah dipukul menggunakan getah paip sambil merayu dan menangis.

Menurut NST, M. Arunasalam seorang pelajar tingkatan empat telah dibelasah sebagai pengajaran selepas mencuri duit milik datuknya. Malangnya, Isnin lalu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di Taman Tangkak Jaya, Melaka.

Pukul1
sumber: facebook

Arunasalam yang tinggal bersama ibu dan adik perempuannya telah dilaporkan dibawa oleh tiga orang suspek dari rumahnya ke sebuah bengkel di Krubong sebelum dipukul bertalu-talu. 

Walau bagaimanpun, mangsa kemudian telah dijumpai oleh dua orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di perhentian bas di Ayer Keroh dan terus dibawa ke Hospital Melaka.

Menurut Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata mangsa telah diberikan bantuan pernafasan serta rawatan lain, 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

Mengejutkan, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam dan birat lama di kedua-dua belah tangan serta belakang mangsa yang menunjukkan dia pernah dipukul sebelum ini. Kesiannya…

Pukul3
sumber: facebook

Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata mereka telah mengenal pasti tiga suspek yang terlibat dalam kes ini iaitu J. Visvanathan, 32, K Shanmuganatan, 35, dan N Thiagu, 38.

Suspek berusia 32 tahun itu merupakan bapa saudara mangsa yang bekerja sebagai seorang pemandu lori. Polis masih cuba mencari perkaitan antara mangsa dan dua suspek yang lain.

“Kami percaya kes yang telah tular di Facebook ini melibatkan keluarga atau saudara mara.”

Selain itu, berdasarkan hasil soal siasat dengan ibu mangsa mengatakan kemungkinan ada ahli keluarga yang cuba memujuk mangsa untuk mengatakan sesuatu yang kemudian bertukar menjadi pergaduhan.

Polis juga menyatakan bahawa bedah siasat ke atas mangsa telah pun selesai namun, sebab kematian masih belum dapat dikenal pasti kerana keputusan makmal masih belum diterima. Difahamkan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kalau pun demi kebaikan dan pengajaran, kenapa kena bawa dia jauh dari rumah untuk pukul? Harap mereka dapat hukuman setimpal.

Baca: “Mak aku! Kenapa kau buat mak aku?!” – Lelaki Belasah Abang Kerana Tikam Ibu Mereka

Pi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.