Pelajar Tahfiz Dipukul dan Ditendang Guru Selepas Dituduh Mencuri RM10 Milik Pelajar Lain

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Minggu lalu Malaysia telah digemparkan dengan kes kebakaran sebuah maahad tahfiz di Keramat yang telah meragut 21 nyawa pelajar serta 2 tenaga pengajar.

Belum reda dengan kisah itu, kini berlakunya lagi satu kes mengenai seorang pelajar tahfiz di Besut, Terengganu pula apabila dirinya telah dipukul dan ditendang oleh dua guru kerana dituduh mencuri wang milik pelajar lain.

Sumber: Facebook

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku apabila pelajar berusia 12 tahun itu dipanggil oleh dua gurunya ke bilik warden di madrasah berkenaan. Dia kemudian disoal siasat mengenai kes kehilangan wang RM10 milik salah seorang rakannya namun menafikan tuduhan tersebut.



Berang dengan sikap pelajar itu, guru tersebut mula memukul pelajar berkenaan dengan menggunakan rotan. Bukan itu sahaja, dia juga bertindak menendang pelajar berkenaan tanpa belas kasihan kerana tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Kejadian yang berlaku pada jam 11 malam itu telah menyebabkan pelajar berkenaan cedera di bahagian belakang badan dan lengan akibat dipukul gurunya.

Gambar hiasan

Menurut waris mangsa, pelajar itu kemudian bertindak memaklumkan kejadian tersebut kepada ahli keluarganya. Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk memfailkan laporan sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami lebam-lebam di bahagian belakang badan dan tangan dipercayai dipukul dengan rotan tersebut.”

Ekoran laporan berkenaan, guru berusia 26 tahun itu telah ditahan pihak polis dan rotan yang digunakan juga telah dirampas bagi siasat lanjut. Kes bakal disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.



Menggunakan kekerasan bukanlah jalan penyelesaian kepada semua persoalan dan permasalahan…

Baca: Pelajar Dipukul Pembuli di Dalam Bilik Darjah, Guru Hanya Berdiri dan Tonton Kejadian Tersebut

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.