in

Pelajar Sekolah Mengaku Berzina Sejak Tingkatan 1 Dengan Ramai Lelaki Berbagai Bangsa, Umur

Zina

Gambar di atas adalah sekadar gambar hiasan.

Kadang kala ibu bapa terlepas pandang ketika anak-anak membesar dan ada juga yang menganggap anak itu masih naif dan tidak tahu apa-apa. Pelbagai kesan buruk boleh berlaku jika ibu bapa mengabaikan anak-anak ketika mereka membesar meskipun tanpa sengaja.

Seperti satu perkongsian di Facebook ini yang diambil dari penulisan Dr Ariza Mohamed, Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri.

Menurut penulisan itu, Dr Ariza berkongsi tentang cerita seorang remaja perempuan dari Kampung Pandan yang sudah berzina dengan ramai lelaki tanpa pengetahuan orang tuanya.

Kisah remaja itu terbongkar apabila dia ditangkap kerana tidak hadir ke sekolah, bukan kerana sakit tetapi keluar bersama lelaki. Selepas ditangkap, remaja itu mengaku kepada gurunya bahawa dia telah berzina.

Zina4
gambar hiasan

Merasakan semua perihal anak bongsunya diketahui, ibu remaja berkenaan mati-mati tidak percaya dan bersungguh-sungguh meyakinkan doktor bahawa anaknya tidak melakukan apa-apa.

Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Doktor berkenaan kemudian meminta ibu itu keluar dan meminta untuk bersemuka dengan anaknya. Selepas bertanya sendiri kepada remaja yang dianggap tidak pandai oleh ibunya itu, dia mengaku telah melakukan zina.

Bukan sekali tetapi remaja itu mengaku telah berzina sejak di Tingkatan 1 dengan ramai lelaki berbagai bangsa dan umur tanpa disedari kedua ibu bapanya.

Cium1
gambar hiasan

Menurut doktor tersebut, remaja itu kelihatan baik dan naif seperti kata ibunya.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya. Saya bertanya adakah beliau menonton video lucah.”

Apabila ditanyakan bagaimana dia mula terjerumus di dalam kegiatan itu, remaja tersebut berkongsikan kisahnya kepada doktor berkenaan.

Lelaki pertama yang mengenalkannya kepada dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia adalah seorang lelaki Indonesia. Lelaki tersebut memulakan dengan mengajak remaja itu menonton video lucah dan dalam masa yang sama memberikan kata-kata manis serta pujian.

Akhirnya, dia berasa mahu melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga timbul rasa ketagih. Sehingga ke hari ditangkap itu, ramai lelaki lain yang turut melakukan seks bersamanya.

Malah, ada yang turut mengambil kesempatan dengan merakamkan aksi remaja itu ketika berzina dan mengugut untuk menyebarkan video tersebut.

Zina2
gambar hiasan

Takut video itu tersebar, seorang remaja yang naif dan tidak tahu apa-apa terpaksa mencuri wang ibu bapanya untuk diberikan kepada lelaki durjana itu.

Lebih teruk lagi, hubungan seks kali terakhir sebelum dia ditangkap adalah bersama seorang suami berusia 30 tahun yang mempunyai dua isteri!

Apa yang menyedihkan adalah apabila remaja itu mengaku bahawa meski dia tidak suka melakukannya, lelaki-lelaki tidak guna itu akan merayu sehingga timbul rasa kasihan dalam dirinya lalu dia akan menurut kemahuan mereka.

Apabila hal tersebut dimaklumkan kepada si ibu, wanita itu terus terduduk di kerusi dan longlai tubuh badannya. Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab seorang diri dia tidak menyedari bahawa anak bongsunya itu sedang mengalami perubahan hormon.

Dr Ariza juga tidak ketinggalan memberikan beberapa tips penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak sedang meningkat remaja.

Tips

Perbetulkan pakaiannya. Jagalah dia.”

– Dr Ariza Mohamed

Jangan ambil remeh hal sebegini. Ibu bapa harus pantau anak ketika mereka semakin meningkat remaja. Bila dah jadi macam ni, nak salahkan siapa? Menyesal pun sudah tiada gunanya.

Baca: Pelajar Tingkatan Dua Mengaku Lakukan Seks Bersama Sekurang-kurangnya 13 Lelaki

Seks