in

Pelajar PhD Universiti Tempatan Ditangkap Rakam Video Aksi Lelaki Dalam Tandas

Lelaki Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita dengar kisah kehormatan wanita dicabul dengan perbuatan lelaki-lelaki miang di tempat awam.


Namun, berbeza pula kali ini apabila seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti tempatan ditangkap ketika cuba merakam aksi kaum sejenisnya di dalam tandas pada 4 Ogos lalu.

Pengguna Facebook, Mazrul Hisham menceritakan detik di mana situasi itu berlaku di hadapan matanya sendiri di The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan. Menurut Mazrul,

“Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5 petang semalam (4 Ogos) di Mines. Selepas solat Asar saya dengar ada orang menjerit di tandas lelaki.”

Mazrul yang berada berhampiran tandas terdengar jeritan itu dan bergegas ke sana sebelum ternampak seorang staf Celebrity Fitness sedang memegang seorang lelaki.

Rupa-rupanya, lelaki itu kantoi merakamkan video aksi lelaki di dalam tandas menggunakan telefon bimbitnya.

Lelaki Kantoi1
sumber: facebook

Menurut Mstar, pada mulanya Mazrul dan individu yang lain mahu melepaskan lelaki tersebut kerana kasihan tetapi sebaik sahaja melihat klip-klip video di dalam telefon bimbitnya, mereka terus menghubungi pihak polis.

“Apabila diperiksa iPhone dia, terperanjat sungguh! Didapati iPhone dia penuh dengan video lelaki lelaki tengah ‘lepas hajat’ dalam tandas.”

Mazrul turut akui berasa cemas kerana menyangka aksinya mungkin turut dirakam di dalam tandas kerana menurutnya, dia berada di tandas kira-kira 15 minit sebelum kejadian.

“Nasib baik tiada. Cuma saya malu melihat pelbagai adegan di dalam telefon itu. Malah bukan di tandas itu sahaja, di tempat lain juga dia buat hal.”

“Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan. Lebih-lebih lagi suspek ni merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti berdekatan.”

Lelaki Kantoi2
sumber: facebook

Mazrul juga menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak tetapi dia membuat keputusan untuk berkongsi cerita itu di Facebook sebagai peringatan untuk semua.

Mereka yang menjadi saksi dan berada di tempat kejadian pada ketika itu menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Mazrul juga berharap supaya kejadian seperti ini perlu diambil tindakan tegas kerana melibatkan maruah seseorang.

Betul apa dia cakap tu. Kalau lepaskan pesalah tanpa sebarang tindakan atau hukuman, memang sampai bila-bila kes sebegini berleluasa.

Baca: Lelaki Sembunyi Dalam Tandas Wanita Selama 6 Jam Ditangkap Merakam Video

Pervert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.