in

Pelajar Perubatan Bunuh Anjing Peliharaan Semata-mata Untuk Duit Pampasan

Anjing Ubat Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita seperti ini adalah kisah yang pencinta haiwan paling tidak mahu baca atau dengar kerana ianya umpama mimpi ngeri buat mereka.


Minggu lalu, seorang doktor haiwan Jakkarin Riangngoen yang bertugas di sebuah hospital veterinar terletak di Thailand berkongsi beberapa gambar mengerikan seekor anjing Pomeranian yang mati di Facebook.

Anjing
sumber: khaosod english

Perkongsian itu serta merta tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai di seluruh negara.

Menurut Khaosod English, anjing itu dilaporkan mati ketika dipindahkan oleh syarikat perkapalan dari Bangkok. Anjing itu kemudian dihantar ke hospital veterinar mengikut salah satu prosedur penyiasatan.

Selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mendapati seorang pelajar perubatan yang juga pemilik anjing berusia 7 bulan itu telah memberikannya ubat yang sepatutnya untuk manusia. Pelajar itu kemudian menghantarnya ke syarikat perkapalan dan malangnya, ubat itu telah mengakibatkan kematiannya.

Anjing Ubat3
sumber: facebook

Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan saman ke atas pelajar tersebut yang disyaki melakukan perkara itu untuk menuntut pampasan sebanyak THB50,000 (anggaran RM6,300) daripada syarikat perkapalan berkenaan di atas kematian anjingnya.

Menurut post di Facebook yang kini tular, Jakkarin menunjukkan jumlah ubat yang terpaksa ditelan oleh anjing malang berkenaan.

Anjing Ubat1
sumber: facebook
Anjing Ubat2
sumber: facebook

Doktor haiwan itu dan isterinya menjumpai lebih daripada 10 tablet di dalam perut anjing tersebut, termasuklah ubat tekanan darah manusia! Takde hati perut betul la!

“Saya masih ingat ketika saya ternampak tablet ubat di dalam beg pembawa anjing, jadi saya bertanya kepada pemiliknya sama ada anjingnya makan ubat manusia. Pemiliknya berkata, ‘Oh itu saya punya,’ dan segera mencampakkan ubat itu ke dalam tong sampah,” kata isteri Jakkarin.

Wanita itu kemudian memeriksa tong sampah dan mendapati ubat yang dibuang lelaki itu sama dengan ubat yang dijumpai di dalam badan anjingnya.

Anjing Ubat4
sumber: facebook

Jakkarin kemudian mendapat tahu bahawa syarikat perkapalan tersebut menerima laporan perubatan palsu daripada pemilik anjing berkenaan, mengatakan anjingnya mati kerana terkejut ketika di dalam perjalanan dan meminta THB50,000 sebagai pampasan.

Buat masa sekarang, anjing itu telah dipindahkan ke Livestock Department untuk siasatan lanjut dan pemiliknya mungkin berdepan hukuman dua tahun penjara atau didenda THB40,000 (anggaran RM5,077).

Eh, buat apa bela kalau nak bunuh dia macam ni? Diharap siasatan segera selesai dan lelaki itu dihukum dengan setimpal jika dibuktikan bersalah.

Baca: Wanita Dedah Jiran Cuba Membunuh Anjingnya Dengan Daging Yang Disaluti Racun

Anjing Racun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.