in

Pelajar Mahu Kuruskan Badan Terbunuh Selepas Terhempap Beban 110KG Besi Angkat Berat

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai mengambil pendekatan ke gimnasium untuk mengamalkan gaya hidup sihat, kekal cergas dan sentiasa bertenaga. Namun, beringatlah supaya jangan melawan tahap kemampuan anda.


Satu insiden tragis dilaporkan berlaku pada 4 Oktober di sebuah gimnasium yang terletak di Taman Melawati, Ampang apabila seorang pemuda bertemu ajal akibat kemalangan ketika mengangkat berat, lapor MMO.

Menurt laporan, lelaki berusia 20 tahun dikenal pasti bernama Ong Chong Jin itu maut selepas mencuba untuk mengangkat beban seberat 110 kilogram di gimnasium tersebut.

Gym 1
sumber: chinapress

Rakan Ong, Danial ketika ditemuramah menceritakan kemalangan yang menimpa mangsa kira-kira jam 8 malam itu. Menurut Danial, Ong mula aktif sejak beberapa tahun lalu dan sering melakukan senaman dengan berat bebanan kurang 100 kilogram.

“Saya sudah mengenalinya sejak beberapa tahun lalu dan sepanjang tempoh itu dia memang aktif melakukan senaman dengan berat bebanan kurang 100kg.

“Malah sepanjang tempoh itu dia berjaya mengurangkan berat badan daripada lebih 100kg kepada 80kg.”

Gym 2
sumber: chinapress

Danial turut akui tidak menyangka Ong mahu mencabar dirinya dengan mengangkat bebanan lebih 100 kilogram. Pada hari tersebut, terdapat lima rakan lain di dalam gimnasium itu bersama mangsa.

Malangnya, ketika kejadian itu berlaku tiada siapa bersamanya kerana ada yang pergi menunaikan solat dan membeli rokok di kedai berhampiran. Danial berkata, mereka sempat meminta Ong menunggu sebelum memulakan aktiviti mengangkat berat.

“Mereka sempat menasihati Ong atau mesra dengan panggilan Mark supaya menunggu mereka. Aktiviti itu perlu pemantauan individu lain bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.”

Disebabkan tidak sabar untuk mencuba mengangkat beban lebih 100 kilogram, Ong bagaimanapun terus mencuba mengangkat besi seberat 110 kilogram sebelum ianya terlepas dari genggaman dan menghempap leher, menyebabkannya maut.

Gym 3
gambar hiasan

Menurut World of Buzz, ketika rakan-rakannya kembali ke gimnasium itu, mereka terkejut melihat Ong terbaring tidak sedarkan diri di atas bench dan segera mengalihkan besi tersebut.

Mereka kemudian cuba memberikannya bantuan CPR namun tiada sebarang reaksi dari Ong menyebabkan mereka terus menghubungi perkhidmatan kecemasan. Ong kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di mana dia disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Ampang Jaya, OCP Hamzah Alias mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan insiden berkenaan dan dan berkata ianya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sudah tentunya, keluarga dan rakan-rakan yang paling sedih apabila menerima berita mengejut tentang kematian pemuda ini yang dikatakan bakal tamat pengajian tidak lama lagi.

Gym 4
sumber: chinapress

Ong juga sepatutnya menyambut hari lahirnya yang ke 21 tahun dalam masa dua minggu namun ajal telah pun menemuinya. Kini, hanya kenangan yang tinggal buat keluarga dan rakan-rakan.

Ingatlah semua, sentiasa berhati-hati dan pastikan ada sesiapa bersama anda ketika melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya.

Baca: Lelaki Tiba-tiba Pengsan Dalam Gelanggang dan Meninggal Dunia Ketika Bermain Badminton

Badminton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.