in

Pelajar Korea Selatan Terlepas Hukuman Gantung Selepas Peguam Dedah Penipuan Pegawai Polis

Msian Inspector Gives False Statement S Korean College Student Almost Sent To The Gallows World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebenaran pasti akan datang kepada mereka yang tidak bersalah. Bila sampai masanya, ia pasti akan terbongkar! 


Pada 19 Oktober tahun lepas, seorang pelajar Korea Selatan bernama Kim Yun Song dilaporkan telah didakwa atas kesalahan pemerdagangan ganja seberat 219g. Jika sabit kesalahan, suspek bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Thankyou 171004 B2 Noresize
sumber: wob

Ganja tersebut telah ditemui dalam satu serbuan oleh pihak polis di sebuah apartmen dekat Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Seorang pelajar antarabangsa berusia 20 tahun yang menuntut di salah sebuah kolej tempatan telah ditahan ketika serbuan tersebut dijalankan.

Pun begitu, kebenaran sebenar akhirnya terbongkar pada perbicaraan minggu lepas setelah setahun Kim direman. Menurut peguam yang mewakili Kim, seorang inspektor berusia 27 tahun yang terlibat dalam mengetuai serbuan di apartment tersebut telah menipu apabila dia panggil untuk memberi keterangan sebagai saksi kejadian.

“Dia berbohong. Ia terbongkar apabila kami mencabarnya dan memberitahu yang kami akan menjalankan prosiding penghinaan terhadapnya kerana kami ada bukti yang dia telah menipu untuk lihat sama ada dia mengaku ataupun tidak,” kata peguam Kim, Gobind Singh.

Giphy 15

Sungguhpun disoal berkali-kali adakah ada individu lain selain pasukan serbuan pada malam tersebut, inspektor berkenaan masih berbohong dan mengatakan tiada.

Walau bagaimanapun, pihak peguam bela berkata mereka mempunyai rakaman CCTV yang menunjukkan jelas ada kehadiran individu lain dalam keadaan bergari di dalam kejadian tersebut. Dengan ini, ia membuktikan bahawa inspektor tersebut telah berbohong.

Oleh itu, mahkamah telah memutuskan untuk membebaskan Kim dan pihak pendakwa raya menggugurkan kes.

 “Selepas mengambil kira penyerahan bukti oleh kedua-dua pihak, saya dengan ini membebaskan dan melepaskan tertuduh,” kata Hakim Abu Bakar Jais.

Keputusan gembira itu diterima dengan cucuran air mata dari nenek Kim yang berusia 67 tahun. Mereka berdua bakal pulang ke Korea Selatan untuk memperbaharui visa pelajar Kim dan remaja tersebut akan kembali semula ke Malaysia untuk menamatkan pelajarannya.

Thankyou 171004 B3 Noresize
sumber: wob

Rata-rata netizen yang membaca mengenai isu ini terkejut akan bagaimana seorang pelajar yang tidak bersalah hampir musnah masa depannya kerana tindakan seorang anggota polis yang tidak jujur.

“Kalau remaja tersebut dijatuhkan hukuman mati, saya tertanya-tanya bagaimana inspektor itu boleh hidup dengan rasa bersalah sepanjang hidupnya?” kata seorang netizen.

“Inspektor yang menipu itu patut diberi hukuman berat kerana anak muda ini hampir-hampir dihukum gantung sampai mati kerananya!” kata seorang pengguna Facebook lagi.

Syukurlah Kim terselamat dari hukuman tersebut. Harapnya anggota polis yang tidak jujur itu mendapat hukuman yang setimpal. 

Baca: Polis Tolak Rasuah RM1,300 Terima Anugerah Integriti Tetapi Kembali ke Pemberi Rasuah Ugut Minta RM10,000

Rasuah Bapak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.