in

Pelajar Kolej di Pulau Pinang Bunuh Diri, Tidak Tahan Jadi Mangsa Buli Siber

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, seorang pelajar bernama Teh dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang berusia 20 tahun dilaporkan bunuh diri dengan terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan.


Bunuh1

Menurut komen dari rakan-rakan si mati di media sosial, kes Teh membunuh diri itu tiada kaitan langsung dengan gred dan pengajiannya. Malah, punca sebenar di sebalik kematian tragisnya adalah kerana buli siber.

Menyusul selepas berita kematiannya, sebuah artikel dihantar kepada TARUS Confessions oleh rakan Teh yang menggesa keyboard warriors yang membulinya untuk menghadiri pengebumian dan meminta maaf kepada Teh.

Merujuk kepada artikel itu, rakannya menulis:

“Saya percaya ini bukanlah kali pertama anda dengar tentang kes buli siber. Semalam, rakan saya membunuh dirinya kerana buli siber.”

Bunuh2
sumber: world of buzz

“Atas alasan kebebasan bersuara, sesetengah orang yang tidak dikenali menggunakan bermacam ayat untuk melukakan hati rakan saya. Sejak kemunculan artikel itu, kawan saya terkesan dan menjadi tertekan.”

Kawannya itu akui betapa sukarnya untuk mengesan dan nampak perubahan emosi Teh kerana dia sangat pandai menyembunyikannya. Namun, satu hari, Teh menyuarakan bahawa dia terfikir untuk membunuh diri. Sudah tentu rakannya menentang dan menasihatinya untuk tidak berbuat sedemikian.

Malangnya, kata-kata dari rakannya itu tidak berjaya menghalang Teh untuk membunuh diri beberapa hari selepas itu.

“Bagaimanapun, pagi semalam, dia terfikir lagi tentang membunuh diri. Dalam sekelip mata, dia pergi meninggalkan kami dan keluarga selama-lamanya.

“Kami gagal untuk mengesan perkara (menjadi mangsa buli siber) tersebut padanya.

“Saya harap kesemua pengguna media sosial tidak menyalahgunakan keyboard di tangan yang mampu menjadi setajam pisau. Menyakiti seseorang dengan menggunakan alasan kebebasan bersuara, awak rasa awak akan diingati sampai bila-bila? Saya harap awak tahu bahawa saya sedang bercakap tentang awak.

“Saya tahu awak akan baca teks ini, jadi saya harap awak akan meminta maaf menggunakan platform ini. Lebih bagus lagi jika awak muncul di upacara pengebumiannya dan meminta maaf secara peribadi kepadanya.

“Selepas membaca ini, saya harap semua orang akan kongsikan tentang ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai buli siber.”

Sedih membayangkan perasaan dan tekanan yang dilalui oleh mangsa buli. 🙁

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.