in

Pelajar Hidap Kanser Otot Tahap Tiga Tidak Patah Semangat, Tekad Duduki UPSR di Hospital

Upsr Najmee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini, 11 September 2017 dan ramai pelajar bersemangat untuk melakukan terbaik demi untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.


Begitu juga Mohamad Najmee Rosidi, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, Rompin, Pahang ini. Namun, apa yang membezakannya dengan pelajar yang lain adalah, Najmee merupakan pesakit barah otot tahap tiga dan terpaksa menduduki peperiksaan UPSR di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu.

Upsr 2
sumber: nst

Menurut Berita Harian, Najmee dimasukkan ke HUSM pada 17 Ogos lalu selepas mengalami dehidrasi sesudah tiga hari menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Rompin, Pahang.

Meskipun badannya lemah dan masih memerlukan rehat yang secukupnya, perkara itu tidak mematahkan semangat Najmee untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan itu. Najmee ditemani ibu, Fazilawati Md Isa, 35, serta bapanya, Rosidi Saad, 44, setiap hari sejak dimasukkan hospital tempoh hari.

“Disebabkan penyakit yang dikesan pada Februari lalu, saya mengambil keputusan melupakan persekolahan kerana perlu berulang alik dari rumah di Rompin ke HUSM di sini bagi menjalani rawatan kimoterapi tiga minggu sekali.”

Menurut Najmee, meskipun tidak sempat menduduki peperiksaan percubaan dan perlu mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir, dia tetap nekad untuk menduduki UPSR.

Saya tidak mahu memikirkan sangat hal sakit kerana mahu berjaya seperti rakan lain.”

Upsr 1
sumber: harian metro

Hari ini, Najmee akui telah mencuba sedaya upaya untuk menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan dengan sebaik mungkin. Netizen yang membaca kisah Najmee semuanya meluahkan rasa simpati serta mendoakan kejayaannya selain turut memberikan kata-kata semangat.

“Semoga Allah permudahkan adik jawab exam dengan baik dan keputusan yang terbaik. You can do it, insyaAllah.”

“Tiada yang mustahil untuk mereka cemerlang. Sama seperti pelajar-pelajar kanser sebelum ni. Semoga berjaya adik-adik.”

Semoga adik Najmee terus kuat dan bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam UPSR serta berjaya dengan keputusan yang cemerlang. 🙂

Baca: Cinta 12 Tahun Buat Wanita Tekad Peluk Islam dan Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat

Kahwin Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.